PAHANG (jersi hitam putih) menang dia aksi persahabatan. FOTO/FACEBOOK PAHANG FA
PAHANG (jersi hitam putih) menang dia aksi persahabatan. FOTO/FACEBOOK PAHANG FA
Asrol Awang


PAHANG membenam dua kelab bola sepak Thailand pada aksi pramusim di negara itu sebagai persediaan mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Pada aksi semalam, skuad kendalian Dollah Salleh menewaskan Air Force Central 4-1 selepas menang 3-1 ke atas Muangthong United sebelum ini.

Dua kemenangan itu sudah pasti sebagai suntikan moral buat pemain Tok Gajah memandangkan mereka kehilangan ramai pemain termasuk import.

Pahang akan bertemu Gyeongnam dari Korea Selatan pada aksi terakhir siri Jelajah Thailand, esok.

Difahamkan, kunjungan ke Thailand itu turut membabitkan penilaian pemain import baharu selepas Matheus Alves dan Yamil Romero, masing-masing dari Brazil dan Argentina membuat keputusan tidak bersama Pahang musim ini.

Setakat ini, penyerang import dari Kemboja, Chan Vathanaka antara jentera utama Pahang musim ini di bahagian serangan yang dijangka bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 11:10 AM