Pogba dengan potongan rambut terbarunya. FOTO INSTAGRAM Paul Pogba
Pogba dengan potongan rambut terbarunya. FOTO INSTAGRAM Paul Pogba
Daily Mail

KALAU dah namanya bintang buat apa pun orang nak tahu.

Begitulah apa dilihat pada Paul Pogba yang mengenakan potongan rambut terbaru ketika ‘relax’ akibat digantung tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Superstar Manchester United dari Perancis itu sempat mengirimkan dua imej rambut ke akaun Instagramnya yang mempunyai seramai 19.6 juta pengikut.

Potongan rambut terbahagi kepada dua bahagian.

Rambut sebelah kanan diwarna jingga manakala kiri dengan corak baru khusus untuk tatapan peminat.

‘Rambut saya terbakar' tulis Pogba pada imej terbabit selepas mengunjungi sebuah salon rambut terkenal yang berpangkalan di Chessington.

Apakah Pogba akan menukar gaya rambut lain menjelang perlawanan menentang Bristol City atau berdepan Leicester City pada EPL 23 Disember?

Pogba digantung 270 minit selepas tindakannya dilihat seperti memijak pemain Arsenal Hector Bellerin ketika skuad menang 3-1 di Stadium Emirates.

Pemain tengah berpengaruh itu tidak beraksi United tewas kepada Manchester City di Old Trafford dan seterusnya menang ke atas Bournemouth.

Pemain berusia 24 tahun itu juga tidak akan bertandang ke West Brom untuk perlawanan hujung minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2017 @ 5:38 PM