Khairy (tengah) akui tiga sukan yang digugurkan itu punyai masalah seperti prestasi merosot, doping atau kemelut kepimpinan. -Foto OSMAN ADNAN
Khairy (tengah) akui tiga sukan yang digugurkan itu punyai masalah seperti prestasi merosot, doping atau kemelut kepimpinan. -Foto OSMAN ADNAN
Jumiati Rosly


SUKAN angkat berat, sepaktakraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 jenis sukan teras di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) bermula Sukan Malaysia di Perak pada September depan, umum Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddian Abu Bakar.

Khairy berkata perkara demikian diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengeruskannya sebentar tadi.

“Saya mengumumkan Lembaga MSN memutuskan untuk menggugurkan tiga sukan teras daripada 19 jenis sukan ke 16 sukan dan ini dibuat untuk kali pertama sejak tahun 2007,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian antara 100PLUS dan Perbadanan Sukan Malaysia (PSM).

Khairy berkata pengguguran itu dilakukan berdasarkan persembahan prestasi yang merosot, isu doping selain kemelut persatuan.

Berikutan digugurkan, tiga persatuan terbabit akan dikeluarkan daripada program MSN, peruntukan akan ditarik dan perlu lebih berdikari dalam menguruskan persatuan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 4:12 PM