YU Song (kiri) yakin mampu robek gawang Harimau Malaya.
YU Song (kiri) yakin mampu robek gawang Harimau Malaya.
Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram dan Thailand


PENYERANG Korea Utara, Kim Yu Song menegaskan betapa pasukannya sedia mengecewakan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, malam esok.

Yu Song menjelaskan, bukan saja Malaysia yang mahukan kemenangan, malah Korea Utara juga mempunyai misi sama untuk terus menghidupkan peluang ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia itu.

“Kami datang ke sini (Buriram) untuk mencari kemenangan dan sudah pasti kami janji akan bermain mati-matian berdepan Malaysia.

“Kami juga ada kelebihan dengan beberapa tonggak beraksi di liga luar termasuk Eropah dan Jepun. Apapun segala-galanya akan dibuktikan selepas 90 minit perlawanan esok.

“Memang tidak dinafikan Malaysia juga ada kelebihan, tapi saya yakin kami mampu untuk menewaskan mereka,” katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium I-Mobile, hari ini.

Korea Utara kini menghuni tangga ketiga Kumpulan B apabila mengutip dua mata selepas tiga perlawanan, satu mata mendahului Malaysia di kedudukan tercorot.

Selain aksi esok, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di stadium sama, Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 9:04 PM