SUMAREH (kanan) tak rela terlepas aksi kalah mati Piala Malaysia. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SUMAREH (kanan) tak rela terlepas aksi kalah mati Piala Malaysia. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Asrol Awang


Kuantan: Aksi lebih kemas akan dipersembahkan Pahang apabila melayan kunjungan T-Team bagi mengisi slot suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Skuad kendalian Dollah Salleh perlu menang ke atas kelab dari Terengganu itu untuk mengiringi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC yang sudah mengesahkan tempat lapan pasukan terbaik.

Bagi penyerang Tok Gajah Mohamadou Sumareh, dia bersama rakan sepasukan tidak boleh tewas pada perlawanan berkenaan jika mahu mengucup piala berprestij itu.

Katanya, kemenangan adalah penentu buat Tok Gajah untuk beraksi pada suku akhir walaupun sedar T-Team akan turun memberikan tentangan sengit kerana turut mempunyai misi sama.

“Sudah pasti kami tidak mahu berputih mata di laman sendiri dan komitmen tinggi serta kerjasama mantap akan dipersembahkan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Pahang.

“Sokongan padu peminat juga ditagih untuk memberi lebih motivasi bagi menyekat T-Team mencatat kemenangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 5:51 AM