ING Yueh (kiri) merangkul  emas bersama Tracie  (kanan) di MITEC, semalam.
ING Yueh (kiri) merangkul emas bersama Tracie (kanan) di MITEC, semalam.
Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Dua emas yang disumbangkan atlet gimnastik artistik, Tan Ing Yueh masih belum cukup memuaskan hatinya yang bertekad untuk meneruskan rentak cemerlangnya hari ini.

Ing Yueh meraih emas menerusi acara melombol dengan 13.400 mata semalam selepas dia turut meraih emas dalam acara berpasukan, kelmarin.

“Kecederaan... kesakitan pada kaki... penat dan tempoh dua tahun yang perit dengan latihan keras akhirnya membuahkan hasil lumayan selepas sekadar meraih perak dalam acara sama di Singapura dua tahun lalu.

“Saya hanya memberi fokus kepada aksi di gelanggang dan sokongan padu penonton turut membakar semangat saya untuk tidak menghampakan mereka,” tambahnya.

Jelasnya, dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam acara batang titian dan senaman lantai selepas ini.

“Saya berharap mampu mengekalkan prestasi yang positif dan konsisten,” katanya.

Skuad gimnastik artistik setakat ini mengumpul empat emas secara keseluruhan, melepasi sasaran tiga emas yang ditetapkan dan hari ini mereka berpeluang menambah emas apabila tiga acara lelaki dan dua wanita dipertandingkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 9:12 AM