Chiellini (kanan) bersama pengurus Juve, Allegri dan jurulatih Monaco, Leonardo Jardim. FOTO EPA/AP
Chiellini (kanan) bersama pengurus Juve, Allegri dan jurulatih Monaco, Leonardo Jardim. FOTO EPA/AP
Reuters

SKUAD Juventus sekarang berkeyakinan tinggi berbanding pasukan muncul naib juara Liga Juara Juara (UCL) dua tahun lalu, menurut pemain pertahanan Giorgio Chiellini, hari ini.

Kecundang 3-1 kepada Barcelona pada final Berlin 2015, Juve kini mempunyai peluang terbaik mara ke final sekali lagi apabila menanti AS Monaco, awal pagi esok (Rabu, 2.45 pagi waktu Malaysia).

Kelab Itali itu ada kelebihan 2-0 selepas menang perlawanan separuh akhir pertama.

"Saya boleh katakan keyakinan Juventus ini dan apa anda lihat pada final dua tahun lalu adalah percaya kepada diri sendiri," kata Chiellini.

Jurulatih Juve Massimiliano Allegri tetap waspada dengan peluang pasukannya biarpun tiada pasukan tewas peringkat kalah mati UCL selepas menang separuh akhir pertama di tempat lawan dengan dua gol.

"Anda tidak tahu apa akan berlaku dalam bola sepak dan perlu kekal fokus," katanya.

"Monaco tidak rugi apa apa, mereka ada pemain berkualiti dan beraksi untuk mendapat tempat ke final."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 1:19 PM