BISKUT tart Nutella yang menjadi kegemaran ramai.
BISKUT tart Nutella yang menjadi kegemaran ramai.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


TRADISI membuat biskut dan kek untuk hari raya masih dilakukan sehingga hari ini meskipun ada yang berpendapat, juadah itu lebih menjimatkan masa jika dibeli.

Terdapat banyak pilihan biskut dan kek boleh disajikan namun bagi yang baru pertama kali mencuba untuk membuat sendiri, disarankan pilih yang lebih mudah.

Antaranya, biskut tart Nutella yang bukan sahaja digemari kanak-kanak malah mampu memikat rasa golongan dewasa.

Menurut Chef Mohd Rahmat Bahaudin atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Kecik, tart nutella antara biskut yang menjadi pilihan ketika ini.

Ia juga mudah dimasak dan tidak mengambil masa yang lama.

Cuma pesan Chef Kecik, pastikan ketuhar pembakar dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan biskut.

"Ketuhar pembakar yang tidak dipanaskan akan menyebabkan biskut mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak sepenuhnya.

"Ia juga boleh menyebabkan biskut masak tidak sekata," katanya.

Bagi yang masih tercari-cari resipi biskut yang mudah untuk dimasak, Chef Kecik berkongsi resipi biskut tart Nutella untuk dicuba.

Jika tidak mahu menggunakan Nutella, coklat biasa juga boleh digunakan.

Biskut tart

Bahan-bahan:

150 gram (g) mentega

15g susu pekat

25g gula aising

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh RB Vanilla

1 biji kuning Telur

240g tepung

25g susu tepung

15g tepung jagung

30g Chocolate Rice

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2023 @ 6:45 AM