MAJALAH LifeWear edisi ketiga yang boleh didapati di semua rangkaian UNIQLO secara percuma.
MAJALAH LifeWear edisi ketiga yang boleh didapati di semua rangkaian UNIQLO secara percuma.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Bagi memberi lebih info kepada pelanggan setianya, UNIQLO menerbitkan majalah dwi tahunan percuma, LifeWear edisi ketiga.

Bertemakan Hari Esok Kita, edisi terbaharu yang dilancarkan Ogos lalu itu menampilkan pelbagai artikel bagi membolehkan pembaca meneroka sifat sesuatu melalui pakaian khususnya pada masa mencabar ini selain melihat ke arah masa depan yang lebih baik.

Pengarah Kreatif UNIQLO di Makmal Kreatif Global Peruncitan Pantas Tokyo, selaku Ketua Pengarang majalah berkenaan, Takahiro Kinoshita berkata, pihaknya bersimpati terhadap semua yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Untuk itu kata Kinoshita, terdapat kandungan khas dalam edisi berkenaan yang meneroka cara untuk fesyen membantu mengembalikan semangat orang ramai. Antaranya membawa keriangan kepada kehidupan dan menggalakkan mereka mencuba sesuatu yang baharu.

"Fokus Majalah Lifeawear ini adalah untuk mempamerkan bagaimana LifeWear mewujudkan komitmen UNIQLO untuk menghasilkan pakaian sempurna yang memenuhi keperluan gaya hidup setiap orang.

"Saya harap semua orang akan mendapat sesuatu yang menarik dalam edisi terbaharu majalah kami ini," katanya.

Sementara itu, terdapat beberapa seksyen utama dalam majalah itu yang boleh diberikan tumpuan antaranya Hello, Jil yang memaparkan temu bual eksklusif dengan pereka, Jil Sanders.

Beliau berkongsi pelbagai info secara eksklusif dari sudut pandangan peribadi hinggalah kepada koleksi terbaharunya bersama jenama itu.

Selain itu, edisi kali ini turut memaparkan temu bual khas dengan pemuzik dan artis antarabangsa terkenal dari Jepun, Ryuichi Sakamoto.

Lebih istimewa, majalah edisi ketiga itu turut menampilkan artikel menarik mengenai perjalanan kitar semula dan proses pembuatan 'down jacket' yang dilakukan jenama itu bersama rakan kongsinya, Toray.

Edisi cetak majalah setebal 120 muka surat itu dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan sudah pun diedarkan di semua rangkaian UNIQLO seluruh negara.

Manakala edisi digital menerusi previu video juga boleh didapati di laman web.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 6:20 AM