KUKU juga perlukan penjagaan.
KUKU juga perlukan penjagaan.
Oleh Nurul Husna Mahmud


SELAIN rambut dan kulit, kuku antara organ penting pada tubuh yang melindungi kulit baik tangan mahupun kaki.

Biasanya kuku juga antara organ sering menjadi tumpuan mata. Ada segelintir yang gemar mengenakan pewarna dan ada juga yang tidak merawat kerana memikirkan kuku tahan lasak.

Hakikatnya kuku boleh rosak seperti mana perkembangan kulit apabila individu mengalami peningkatan usia. Justeru, kali ini terdapat tip dikongsi untuk mendapat kuku sihat dan berkilat.

1. Asasnya ialah minum air mencukupi bagi mencegah kuku dari

pada kekeringan.

2. Pengambilan nutrisi penting iaitu kalsium untuk kuku sihat. Makanan kalsium tinggi bukan sahaja bagus untuk tulang malah penting bagi kuku seperti susu, keju, kacang dan lain-lain.

Bagi mereka yang mengambil kalsium sebagai makanan tambahan penting untuk mengetahui perlu pengambilan vitamin D membantu penyerapan lebih baik sumber mineral itu.

3. Penggunaan bahan alami dalam merias kuku;

i. Penggunaan madu, zaitun dan telur.

Ia untuk melembutkan dan melembapkan kuku.

Kaedahnya ialah madu dan minyak zaitun dimasak terlebih dahulu sebelum dibiarkan sejuk dan dicampur dalam telur sudah dipukul. Sapukan pada kuku dan dibiarkan selama 10 hingga 20 minit dan kemudian dibilas dengan air.

ii.Penggunaan limau atau lemon.

Ia boleh memutihkan kuku dan menjaga kuku

daripada dijangkiti bakteria.

Kaedahnya campurkan perahan limau atau lemon dalam ubat gigi. Sapukan pada kuku dan biarkan sehingga kering sebelum dicuci.

iii. Bawang putih

Ia boleh mengelak kuku mengalami jangkitan yang boleh menyebabkan kuku rosak.

Kaedahnya parut nipis bawang putih dan sapu pada permukaan kuku. Tunggu sekitar lima minit sebelum dibilas.

iv. Belimbing buluh

Manfaat buah ini bukan sahaja mengandungi zat besi tinggi malah boleh membersihkan kotoran tertinggal di celah kuku. Ini akan menguatkan kuku secara tidak langsung.

Kaedahnya, buah belimbing dihiris nipis lalu dioles pada kuku. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

v. Betik

Getah betik boleh menguatkan kuku supaya tidak mengelupas dan mudah rosak.

Kaedahnya ambil getah pada betik dan sapukan pada permukaan. Biarkan kering dan bilas untuk merapi getah pada bahagian tepi kuku.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 6:15 AM