RAKAMAN menarik kawasan Putra Heights oleh Mohd Faizal Azri untuk kategori dron.
RAKAMAN menarik kawasan Putra Heights oleh Mohd Faizal Azri untuk kategori dron.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mengumumkan barisan pemenang untuk pusingan pertama dan kedua, Pertandingan Merakam 8 Gambar (Capture 8 Photo) di ibu negara, baru-baru ini.

Pertandingan dengan kerjasama Canon Malaysia itu menggalakkan peserta menghantar gambar penyertaan terbaik yang memaparkan keunikan kawasan perbandaran syarikat berkenaan menerusi tiga tema iaitu masa lapang, budaya dan alam semula jadi.

Sebanyak 84 pemenang kategori khas, profesional, telefon pintar dan dron dipilih daripada ribuan penyertaan pusingan pertama serta kedua pertandingan itu.

Penyertaan memberi tumpuan kepada keindahan dan keajaiban empat kawasan perbandaran syarikat berkenaan iaitu Putra Heights di Selangor, KLGCC Resort di Kuala Lumpur serta Bandar Ainsdale dan Nilai Impian di Negeri Sembilan.

Hadir pada majlis pengumuman berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi (Pembngunan Perbandaran), Appollo Leong, Ketua Pegawai Operasi (Pembangunan Integrasi), Datuk Ir Mohd Idris Abdullah serta Pengarah Komunikasi Pengimejan Perniagaan Canon Malaysia, Hunter Zhang Hongtu.

KETENANGAN kawasan perbandaran Bandar Ainsdale yang dirakam oleh Pang Jia Jun.
KETENANGAN kawasan perbandaran Bandar Ainsdale yang dirakam oleh Pang Jia Jun.

Capture 8 Photo dilancarkan secara rasmi pada April lalu dan diadakan selama lapan bulan sehingga 30 November ini.

Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM288, 888.

Pemenang hadiah pertama bagi setiap kategori berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu trip ke Battersea Power Station, London untuk dua orang yang ditaja sepenuhnya.

Bagi yang terlepas pusingan sebelum ini, pertandingan pusingan ketiga akan diadakan sehingga 7 Oktober depan.

Apa yang perlu dilakukan adalah hantar gambar-gambar penyertaan yang memaparkan kawasan perbandaran Serenia City dan Subang Jaya City Centre (SJCC) di Selangor.

Manakala pusingan keempat pula akan bermula 8 Oktober sehingga 7 Disember depan dengan peserta perlu memaparkan keunikan perbandaran City of Elmina di Selangor dan KL East di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2022 @ 6:01 AM