PERRBANDARAN moden dan selesa untuk didiami.
PERRBANDARAN moden dan selesa untuk didiami.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

RUTIN warga kota yang memilih tinggal di bandar atas pelbagai alasan antaranya berhampiran tempat bekerja dan kehidupan kota yang serba-serbi lengkap ada kontranya.

Tidak dinafikan, kehidupan moden dikelilingi bangunan tinggi pencakar langit itu menawarkan 1001 kelebihan, namun di sebaliknya tersirat kesan sampingan gaya hidup tidak seimbang dan diselimuti tekanan.

Andai mempunyai pilihan, bayangkan anda memiliki kediaman diselubungi alam semula jadi ditambah perjalanan pulang yang lancar selepas penat bekerja seharian.

Setiba di bandar yang terletak strategik di Seremban 2, kepulangan anda disambut himpunan kehijauan pokok sepanjang jalan menuju destinasi kediaman impian.

Menandakan anda semakin hampir untuk bertemu keluarga tercinta dan berehat dalam suasana mendamaikan.

Memahami kepentingan itu, semua elemen dirangkum secara harmoni dalam perbandaran itu dengan menawarkan kehidupan alam semula jadi yang mendamaikan dan tenang.

Bahkan kajian saintifik membuktikan aktiviti luar dikelilingi kehijauan alam mampu mengurangkan tekanan, menyegarkan fikiran dan mengembalikan kecergasan badan.

Pengarah Besar Kanan (Bahagian Tengah) IJM Land, Datuk Hoo Kim See berkata, kawasan seluas 1,537 hektar itu mempunyai sejarah flora fauna yang panjang kerana sebelumnya ia menempatkan ladang pertanian subur namun ia memiliki nilai pelaburan rendah.

ANTARA kemudahan yang disediakan.
ANTARA kemudahan yang disediakan.

Kemudian pemaju hartanah berkenaan mengambil alih kawasan terbabit selepas mendapati keunikannya yang kaya dengan alam semula jadi dan mengekalkan keistimewaannya.

Kata Hoo, pelan pembangunan kawasan itu dirangka bagi mengekalkan persekitaran hijau alam semula jadi selain menawarkan kepelbagaian pilihan dan nilai pelaburan kepada pembeli.

"Pelan strategik memanfaatkan kawasan hijau di seluruh bandar dan ia berhasil melonjakkan Seremban 2 menjadi antara perbandaran popular di Negeri Sembilan.

"Hasilnya penduduk bandar itu dapat menikmati gaya hidup mendamaikan yang lengkap dengan kemudahan komuniti setempat sambil berehat bersama keluarga mengagumi keindahan alam, katanya.

Dalam pada itu, komitmen pemaju terbabit dalam memelihara kehijauan alam terbukti menerusi inisiatif pembangunan taman seluas 18.2 hektar di seluruh perbandaran berkenaan.

Dari keseluruhan kawasan hijau terbabit, seluas 6.07 hektar dikhaskan untuk S2 City Park yang menempatkan pelbagai kemudahan kepada penduduk melakukan pelbagai aktiviti luar seperti bermain layang-layang, berseronok di taman permainan, senaman tai chi dan sukan lain.

Berada hampir dengan alam semula jadi membolehkan penduduk menikmati kesegaran udara yang baik untuk kesihatan secara umum selain mengekalkan kesihatan mental.

Manakala, baki 12.1 hektar kawasan taman terbabit pula dikhususkan untuk Hill Park atau dikenali sebagai Dinosaur Park yang menempatkan arca dinosaur menarik dan menjadi lokasi pilihan orang ramai meluangkan masa bersama keluarga.

Kedudukannya yang strategik terletak pada paras ketinggian 400 kaki dari aras laut menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh kawasan berkenaan.

Kawasan perbandaran berkenaan turut dilengkapi kompleks sukan seluas 12.1 hektar untuk kegunaan masyarakat.

Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang bersaiz Olimpik, stadium hoki dan gelanggang badminton.

Menerusi pengalaman puluhan tahun dalam perancangan bandar, kami memahami dan menggilap potensi kawasan ini dengan menumpukan kepada gaya hidup sihat dan progresif.

"Ia memberi peluang untuk penduduk berada lebih dekat dengan alam semula jadi dan ketenangan hidup yang diselubungi kedamaian jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan di kota, katanya.

ANTARA kemudahan yang disediakan untuk penduduk.
ANTARA kemudahan yang disediakan untuk penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2020 @ 7:00 AM