FOTO dengan kontras dirakam Nazaehah di LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
FOTO dengan kontras dirakam Nazaehah di LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Shahrul M Zain


SETIAP detik yang dirakam membawa penceritaan dan penghayatan tersendiri. Begitu juga situasinya dengan dua wanita ini yang begitu mencintai genre foto jalanan.

Nazaehah Zaini atau mesra disapa Naz, 36, mula meminati foto jalanan sekitar 2012 apabila tertarik dengan perkongsian Mohd Afzan Abdullah atau dikenali sebagai Chottouch menerusi akaun Facebook yang menampilkan foto unik sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Melalui foto jalanan yang dikongsi di media sosial, dia seronok melihat suasana biasa seperti di pasar yang sibuk dengan pelbagai aktiviti dirakam secara spontan dan menarik. Sudah tentu sebagai peminat fotografi itu, mendorongnya mencuba genre foto jalanan.

"Kebiasaan saya akan membahagikan masa khusus pada hujung minggu atau cuti umum dua atau tiga kali sebulan untuk keluar bersama rakan-rakan dalam komuniti kelab Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) untuk bertukar pengalaman selain menghilangkan perasaan malu.

"Foto jalanan mempunyai keistimewaan tersendiri. Saya suka mencuba sesuatu yang baharu untuk membina keyakinan diri terutama bertemu orang belum pernah saya kenali sebelum ini. Ini cabaran sebagai wanita kerana saya perlu mengatasi rasa malu untuk mengambil gambar dalam kehidupan harian mereka," katanya guru swasta itu.

FOTO jalanan yang memaparkan jubah warna sedondon dipakai pelancong.
FOTO jalanan yang memaparkan jubah warna sedondon dipakai pelancong.

Dalam situasi seperti itu Nazaehah cuba belajar memperbaiki komunikasi di tempat awam, beramah mesra sebelum mendekati subjek untuk dir

akam gambar dengan lebih dekat.

"Keadaan itu membuatkannya lebih memahami mengenai rutin pekerjaan subjek dan asalkan saya tidak menganggu mereka.

"Selain minat saya dapat bertemu rakan foto jalanan yang baharu, saya turut terbabit dalam membantu mengatur aktiviti FJM yang kini memiliki 24,000 ahli seluruh Malaysia bersama Mohd Afzan Abdullah, Mohd Khairizam Desa, Abdullah Hamman Mustafar dan Shahrizul Ahmad Shukri," katanya.

Dia mengakui seronok menimba pengalaman baharu itu selain menjadi impiannya untuk menjalin kerjasama dengan jurugambar foto jalanan dari luar negara.

DUA sahabat yang memiliki hobi fotografi jalanan, Zalifah (kiri) dan Nazaehah ketika ditemui selepas temu bual di ibu kota.
DUA sahabat yang memiliki hobi fotografi jalanan, Zalifah (kiri) dan Nazaehah ketika ditemui selepas temu bual di ibu kota.

Pada masa sama berkongsi pengalaman bersama FJM supaya suatu hari nanti mereka dapat mengadakan pameran foto jalanan selain menerbitkannya dalam buku.

Sementara itu, Zalifah Ahmad Fathillah atau mesra disapa Jaja AF, 39, juga pekerja swasta yang turut mencintai dunia foto jalanan.

"Bagi saya, peristiwa berlaku yang dirakam sering menghuraikan kisah mengenai kehidupan, budaya atau peristiwa dalam sesuatu masyarakat atau kumpulan tertentu yang mungkin tidak akan berulang lagi pada masa akan datang, pengalaman ini menghidupkan jiwa untuk melihat dan menghargai semua perkara di sekeliling saya.

"Pengalaman merakam foto jalanan menjadikan saya lebih banyak berfikir dan meluaskan pengetahuan mengenai teknik fotografi bagai 'air mengalir lebih bersih berbanding air bertakung yang mudah kotor kerana tidak mengalir lepas," katanya.

MENGHASILKAN imej dari bayang menggunakan refleksi daripada air yang bertakung di jalan raya antara yang disukai Zalifah.
MENGHASILKAN imej dari bayang menggunakan refleksi daripada air yang bertakung di jalan raya antara yang disukai Zalifah.

Malah, dia masih ingat pengalaman pada 2018. Dia merakam foto pelbagai aktiviti menarik di Pasar Seni dan belajar untuk melihat dari sudut pandangan foto jalanan.

Dia bertemu komuniti FJM dan mendapat banyak perkongsian menarik setiap kali mengadakan aktiviti di hujung minggu dengan meronda sekitar ibu kota.

Ahli FJM banyak membantu dengan berkongsi pengetahuan mereka termasuk dari individu yang dikenali sebaga

i Khairizam, SharAnoruddin, Chot Touch, Arif Abu Bakar melalui 'KJSF,' Kevin Lim dan Maia Assan selain sering bertukar pandangan serta gambar mengenai foto jalanan di media sosial.

"Banyak pengalaman menarik sepanjang genre foto jalanan apabila saya pernah didatangi orang yang tidak dikenali yang hanya ingin bercerita mengenai kehidupannya di ibu kota, hidupnya terumbang-ambing sebelum menemui sinar dalam hidup apabila sering mendekati masjid.

"Kesanggupan untuk berkongsi cerita peribadi mereka menjadikan saya amat mendekati dan tidak berasa seperti terasing dengan golongan ini. Mereka mempunyai kisah hidup tersendiri yang boleh dijadikan teladan yang baik," katanya.

FOTO jalanan dengan pergerakan cahaya lampu menaikkan warna imej dirakam Zalifah.
FOTO jalanan dengan pergerakan cahaya lampu menaikkan warna imej dirakam Zalifah.

Katanya, sejak dari itu dia mula meminati genre fotografi jalanan sehingga membawanya kepada banyak cerita yang tidak diketahuinya sebelum ini.

"Saya pernah dihalang pengawal keselamatan supaya tidak merakam gambar dipremisnya bertugas," katanya.

Namun tidak menjadi masalah buatnya asalkan dapat meneruskan minat kerana dia ingin berkongsi kepelbagaian ragam manusia dan keharmonian hidup bermasyarakat walaupun berada di kota besar tanpa mengira bangsa serta agama.

"Melalui fotografi kita mampu memperkenalkan kebudayaan dan kehidupan kita kepada dunia luar, secara tidak langsung saya dapat mempromosikan tempat

yang wajib dikunjung sekiranya ingin sama merakam kenangan dengan foto jalanan.

"Saya juga berminat mengunjungi pameran foto yang diadakan sekitar ibu kota selain memasuki pertandingan untuk menambah pengalaman sambil melakukan aktiviti bersama rakan fotografi jalanan Malaysia.

"Malah, saya pernah berdepan situasi mencabar apabila ramai warga asing berbanding masyarakat

tempatan. Apabila saya kenal pasti kawasan berkenaan, saya akan memilih untuk bergerak dalam kumpulan besar sahabat foto jalanan Malaysia untuk keselesaan dan selamat," katanya mengakhiri perbualan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 7:00 AM