DUNIA rali bukan asing baginya.
DUNIA rali bukan asing baginya.
DIVA bersama jentera perlumbaannya musim ini.
DIVA bersama jentera perlumbaannya musim ini.
Lizam Ridzuan


Wajahnya persis bintang sinetron, namun dia sebenarnya pemandu rali wanita yang sedang meningkat naik di Indonesia.

Vroom berkesempatan menemu bual Diva Zahra Arifyani Priatna, 22, berasal dari Bandung, mula memandu pada usia 17 tahun dan yang menariknya dia menggunakan Proton Satria Neo R3 sebagai jentera perlumbaan.

Sejak kecil dia sering mengikuti bapanya yang juga peminat dan pelumba rali amatur, jadi sukan permotoran bukanlah asing buat Diva.

Sehinggalah pada tahun lalu mula memberanikan diri untuk bertanding buat pertama kalinya dengan menyertai National Sprint Rally 2023.

"Saya berlumba menggunakan Satria Neo R3 2014 kerana ia mempunyai kelebihan rekaan yang sporty dengan ciri 'hatchback' dan pengendalian yang baik memudahkan untuk melepasi Special Stage (SS) ketika perlumbaan,"

"Ketika perlumbaan di Indonesia saya berada dalam kategori Front 2 (F2) dengan peserta yang sangat ramai dan alhamdulillah menerusi perlumbaan National Sprint Rally 2024 Siri 1 di Bali saya berjaya menjadi juara 1 kelas wanita," katanya yang mempunyai kelulusan sarjana dalam bidang undang-undang dari Universitas Padjadjaran, Bandung.

Untuk siri perlumbaan itu, pelumba perlu bersaing dalam laluan off-road sejauh 4.7 kilometer (km) di kawasan Litar Perancak, Bali dengan empat SS yang menjadikan jarak keseluruhan sejauh 18.8 km.

PROTON Satria Noe R3.
PROTON Satria Noe R3.

Tahun ini juga menyaksikan lebih 70 pasukan bertanding dan Diva Zahra mewakili pasukan persendirian yang dibantu bapanya serta empat kru termasuk navigator dan mekanik.

Model Proton Neo R3 itu adalah model standard yang dilakukan transformasi untuk dijadikan kereta rally bernombor 95 dan masih mengekalkan enjin 1.6 liter Campro CPS manual.

Antara modifikasinya ialah dengan suspensi coilover remote reservoir, kotak gear close ratio, custom pedal box, kerusi dan tali pinggang keledar penarafan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan rollcage serta body preparation.

BERSAMA ibu yang banyak menyokongnya sebagai pelumba rali.
BERSAMA ibu yang banyak menyokongnya sebagai pelumba rali.

Jentera ini juga bakal memberikan cabaran yang hebat untuk bersaing dengan pelumba yang rata-rata adalah lelaki dalam perlumbaan tahun ini dengan wanita 5 pelumba termasuk Diva.

"Tahun ini saya ingin fokus kepada kejuaraan nasional yang berbaki lagi empat pusingan serta mahu mengejar kejuaraan dalam kelas F2 dengan memperbaiki prestasi selepas melihat daripada analisis perlumbaan di Bali yang lalu," katanya yang juga seorang anak tunggal.

Banyak belajar kemahiran memandu dengan beberapa jurulatih tempatan, namun bagi mengekalkan kecergasan Diva sering melakukan latihan seperti larian dan aktiviti muay thai yang menjadi kegemarannya.

KRU pasukan Diva Zahra.
KRU pasukan Diva Zahra.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2024 @ 6:40 AM