FARIZAN (dua dari kanan) ketika pelancaran.
FARIZAN (dua dari kanan) ketika pelancaran.

Tampil gaya inspirasi Jepun adalah ciri utama topi keledar Gracshaw dengan enam corak unik iaitu Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu.

Ia dipertontonkan buat pertama kali di Terengganu Bike Week 2023 mendapat sambutan menggalakkan pengunjung.

Gracshaw Edisi Jepun dengan ciri sebagai topi keledar 'open face' dwivisor model Gracshaw Gennex yang ditawarkan pada harga RM420 dan setiap topi keledar dibekalkan dengan beg galas eksklusif untuk perlindungan serta mudah dibawa.

Unit Pemasaran, Doube Side Marketing sebagai syarikat yang mengedarkan topi keledar itu Farizan Md Akir berkata model ini adalah buatan tempatan yang direka di Pulau Pinang dan dikeluarkan di Jitra, Kedah.

"Ia mengambil masa sekitar lapan bulan untuk proses rekaan dan penghasilan topi keledar ini yang bukan sahaja bergaya malah menekankan aspek kualiti dan keselamatan," katanya.

Elemen Jepun dipilih adalah berdasarkan masyarakat di negara ini yang dekat dengan budaya negara matahari terbit itu terutama membabitkan ikon, motif dan watak superhero.

Enam reka bentuk masing-masing menampilkan elemen Jepun yang menarik dikategorikan kepada tiga tema utama, iaitu; cerita rakyat menarik, budaya pop mengujakan dan catatan sejarah.

Sebagai contoh untuk cerita rakyat yang menarik dengan elemen kurita adalah ilham reka bentuk daripada dongeng Jepun yang popular dan menonjolkan sotong gergasi.

Salah satu raksasa laut yang dihantar untuk mendapatkan semula permata suci yang dicuri dari Istana Raja Naga oleh penyelam mutiara, Puteri Tamatori. Elemen reka bentuk lain termasuk pedang katana, mutiara, ombak dan bunga.

Banyak lagi elemen rekaan menarik seperti Oda sebagai hulubalang zaman Sengoku dan kurasu dengan corak senjata digunakan ninja seperti shuriken, kunai dan kusarigama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 10:59 AM