LEBIH 3,000 pemilik hadir di Terengganu.
LEBIH 3,000 pemilik hadir di Terengganu.
Lizam Ridzuan


Acara Mega Gathering Honda RS150R dan RSX 5.0 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu baru-baru ini adalah edisi kelima diadakan.

Individu bertanggungjawab untuk acara ini ialah Mohd Alfishahrin Zakaria, 37, dan Diana Latief, 36, dari D69works yang pernah mengembara bersama dengan menunggang motosikal cub dari Malaysia ke London pada 2017.

Menurut Mohd Alfishahrin idea untuk mengadakan Mega Gathering Honda RS150R dan RSX ini tercetus ketika dia bersama isteri dalam misi mengembara ke London. Sebaik pulang ke tanah air acara pertama diadakan Stadium Shah Alam pada 2017.

Ia kemudian diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2018 dan 2019 dan yang keempat pada tahun lalu kembali dianjurkan di Stadium Shah Alam.

"Tahun ini kami pertama kali keluar dari Lembah Klang dan memilih Terengganu yang juga bersempena dengan pelumbaan Cub Prix diadakan di sana yang menyaksikan lebih 3,000 pemilik motosikal hadir.

"Sejak tahun lalu model RS-X juga menyertai himpunan mega ini menambah kemeriahan acara yang sebelum ini hanya model RS150R sahaja," katanya.

MOHAMAD Sayuti dan isteri menempuh perjalanan jauh dari Alor Setar.
MOHAMAD Sayuti dan isteri menempuh perjalanan jauh dari Alor Setar.

Selain kehadiran pemilik dan peminat, turut diadakan acara sukaneka antara kelab motosikal, pameran motosikal, jualan barangan daripada vendor serta jualan barangan daripada kelab motosikal ini.

Juga diadakan teknik tunggangan selamat oleh bekas pelumba Cub Prix, Wazi Abdul Hamid serta sesi ramah mesra bersama pasukan Yuzy Racing.

"Untuk edisi seterusnya kami akan cuba tambah aktiviti lain dan mengadakan sesi perkongsian buat mereka yang mahu menjelajah ke luar negara menggunakan motosikal," katanya.

Antara yang terjauh menyertai acara iini ialah pasangan peserta suami isteri, Mohamad Sayuti Wan Chik, 41, dan Noorlailina Moha Mohtar, 41, dari Alor Setar, Kedah.

Turut serta ialah Wan Khafisyah Zainol (Mell), 39, dari Kuantan yang ke acara Mega Gathering Honda RS150R dan RSX itu adalah kali kedua disertainya.

PELBAGAI gaya model RS150R dan RSX.
PELBAGAI gaya model RS150R dan RSX.

"Saya meminati dunia permotoran sejak dari sekolah menengah dan salah satu motosikal yang dimiliki ialah model Honda RS-X yang dibeli pada hujung tahun lalu kerana ia tampil sporty gaya prestasi.

"Saya dan seorang lagi rakan iaitu Jaja menunggang dari Kuantan ke Kuala Terengganu selama tiga jam bagi sama-sama memeriahkan acara ini," katanya yang memiliki tiga buah motosikal.

Honda RS-X dilancarkan di Malaysia pada 2021 dijana dengan enjin 149.16 cc PGM-Fi sejukan cecair dengan transmisi enam kelajuan menjana 15.8 kuasa kuda dan tork 13.6Nm.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 6:18 AM