ACARA sukaneka meriahkan suasana.
ACARA sukaneka meriahkan suasana.
PERTANDINGAN motosikal tercantik.
PERTANDINGAN motosikal tercantik.
Lizam Ridzuan


SEJAK diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2020, motosikal 'street naked' Yamaha MT-15 cukup diminati, malah mempunyai peminat tersendiri.

Untuk itu, buat julung kalinya, diadakan acara Mega Gathering MT15 1.0 2022 Malaysia di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

Menghimpunkan lebih 19 kelab dari seluruh negara, ia anjuran 'MT15 Central Owners Club' (MT15 COC) yang menarik kehadiran lebih 400 motosikal serta 500 peserta.

Setiausaha kelabnya, Nura Ashikin Mior Muhamad Sharudin berkata, idea untuk menganjurkan acara itu dibuat hasil pertemuan pemilik motosikal model MT-15 dari utara tanah air dan Lembah Klang.

"Selepas penubuhan kelab pada Mac lalu, kami mula merancang untuk menganjurkan Mega Gathering MT15 1.0 2022 Malaysia dan akhirnya selepas lima bulan, kami berjaya merealisasikan aktiviti ini.

"Untuk makluman, kelab ini memiliki lebih 700 keahlian di seluruh negara," katanya.

Mega Gathering ini juga dipenuhi pelbagai aktiviti seperti pertandingan motosikal menerusi dua kategori iaitu Motosikal Tercantik (Sticker atau Airbrush) dan Modifikasi Terbaik.

ANTARA motosikal MT-15.
ANTARA motosikal MT-15.

Ia dimenangi oleh Mohd Syamsi Mohd Noor daripada MT15 Kedah Crew dan Mohd Rofazree Ab Rahim daripada Dyno District Malaysia.

Secara keseluruhan katanya, Mega Gathering ini mencapai objektif utamanya iaitu menghimpunkan seberapa ramai pemilik jentera Yamaha MT15 dari seluruh Malaysia.

"Ia bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran serta merapatkan silaturahim.

PEMILIK MT-15 datang dari seluruh negara.
PEMILIK MT-15 datang dari seluruh negara.

"MT15 COC selaku penganjur bagi Mega Gathering MT15 1.0 2022 Malaysia mengucapkan penghargaan kepada semua peserta," katanya.

Perancangan masa terdekat MT15 COC ialah untuk menyahut cabaran 'Iron Butt' iaitu menunggang sejauh 1,600 kilometer (km) dalam tempoh 24 jam serta menyertai kempen derma darah selain persediaan Mega Gathering 2.0 yang diadakan di luar Lembah Klang.

RIDER wanita juga aktif sertai aktiviti.
RIDER wanita juga aktif sertai aktiviti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 6:20 AM