PENGURUSAN Honda Malaysia dan pengedar ketika majlis penyerahan.
PENGURUSAN Honda Malaysia dan pengedar ketika majlis penyerahan.
Lizam Ridzuan


Bagi memastikan pelanggan tidak menunggu lama untuk model terkini mereka, Honda Malaysia menghantar 2,200 unit untuk model WR-V Serba Baharu kepada pembelinya dalam tempoh sebulan.

Tambah menarik, pembeli pertama model itu Nurain Mohamad diraikan pada satu majlis baru-baru ini oleh pengedar Honda di Ampang, Selangor.

Selain aksesori, dia turut menerima Ultra Glass Body Coating dan barangan rasmi Honda bernilai RM5,000.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata mereka sangat menghargai sokongan pelanggan terhadap jenama ini terutama model terbaharu WR-V yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak pertama bukan jenama nasional.

"Sejak dilancarkan model ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan varian RS menyumbang 60 peratus pilihan pembeli serta WR-V adalah yang kedua tertinggi untuk jualan Honda pada Julai lalu," katanya menerusi satu siaran media.

NURAIN, pemilik pertama WR-V di Malaysia.
NURAIN, pemilik pertama WR-V di Malaysia.

Nurain pula berkata sebelum membuat keputusan untuk membeli WR-V Serba Baharu dia melakukan tinjauan dan kajian berkaitan rekaan dan ciri yang terdapat pada model ini.

"Ia mempunyai ciri yang muda dan bertenaga selain rekaan bergaya dan menyerlah sedikit sebanyak mencerminkan personaliti saya dan menggemari ciri kompak dan kabin yang selesa bagi keperluan pemanduan harian," katanya.

Honda WR-V dengan ciri keselamatan termaju seperti Honda LaneWatch sebagai ciri standard semua varian serta lapan ciri Honda Sensing.

Ia juga dengan jarak kelegaan jalan 207 milimeter (mm) membolehkan melepasi pelbagai permukaan jalan dengan lebih baik yang dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC menjana 121PS dan tork 145Nm.

Ruang kargo 380 liter serta kerusi belakang lipatan 60:40 bagi ciri lebih praktikal terutama membawa muatan yang lebih.

Honda WR-V Serba Baharu ditawarkan menerusi empat varian yang dijual pada harga  RM89,900 (S), RM95,900 (E), RM99,900 (V) dan RM107,900 (RS).

KOMPAK dan praktikal.
KOMPAK dan praktikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 6:20 AM