KERUSI balutan kulit jahitan merah.
KERUSI balutan kulit jahitan merah.
RUANG but 380 liter.
RUANG but 380 liter.
HONDA Lane Watch untuk semua varian.
HONDA Lane Watch untuk semua varian.
HONDA WR-V ciri SUV kompak.
HONDA WR-V ciri SUV kompak.
Lizam Ridzuan


GAYA kompak dan menarik sesuai buat golongan muda memenuhi keperluan gaya hidup menjadikan penawaran model ini pencetus kepada segmen yang pertama kali diterokai Honda Malaysia.

Model WR-V (Winsome Runabout Vehicle) barisan terbaharu Honda di negara ini untuk SUV segmen-A yang turut dipasarkan pasaran Indonesia dan Thailand, dilancarkan baru-baru ini.

Model generasi pertama itu ditawarkan menerusi empat varian iaitu S, E, V dan RS yang dijual pada harga RM89,900, RM95,900, RM99,900 dan RM107,900.

Ia diasaskan daripada platform BR-V generasi terbaharu tampil dengan ciri rekaan ranggi terutama di bahagian hadapan dengan lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus, lampu membelok sequential, dan gril rekaan elemen futuristik terbaharu.

Pada bahagian pintu belakang dengan spoiler atas bersepadu, antena sirip jerung dan lampu belakang combi LED selain rekaan ala gaya coupe dengan bahagian pembuka pintu belakang seakan-akan model HR-V yang terletak pada bahagian sisi cermin 'menghilangkan' ia di pintu.

Untuk dimensi dengan 4,060 milimeter (mm) panjang, 1,780mm (lebar) dan 1,608mm (tinggi) RS dan 1,576 mm (S), jarak antara roda 2,485mm dan jarak kelegaan jalan 207 mm.

Pintu belakang tidak didatangkan dengan kuasa elektronik dan untuk ruang but berkapasiti 380 liter membolehkan ia membawa beberapa beg dan keperluan lain.

ELEMEN coupe.
ELEMEN coupe.

Enjin digunakan sama seperti model City dan City Hatchback dengan 1,498 cc i-VTEC DOHC 4 silinder 16 injap menjana kuasa 121PS dan tork 145Nm yang dipadankan transmisi CVT dengan sistem penginjak G Design dan kawalan penginjak graviti selekoh bagi kelancaran dan bahan api efisien.

Untuk brek hadapan adalah cakera dan belakang drum serta suspensi hadapan dengan MacPherson Strut serta palang penstabilan dan belakang dengan torsion beam bagi kselesaaan dan ciri prestasi yang berbeza talaan dengan varian RS.

Ia dipadankan rim aloi dwi-tona bersaiz 17 inci (RS) dan 16 inci (varian lain) bagi berat jentera keseluruhan 1,143 kilogram (kg) dan 1,112 kg untuk RS dan lain-lain.

Menerusi tangki bahan api 35 liter ia mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 16.7km untuk setiap liter serta menerima penarafan Euro 4.

Ruang kabin dengan ciri kompak dan fleksibel serta kerusi kulit dan fabrik serta kemasan lain dengan hitam piano dan merah (RS) serta jahitan merah menambah gaya.

CIRI rekaan gaya sporty.
CIRI rekaan gaya sporty.

Terdapat perehat lengan dan bekas simpanan pada konsol tengah, sistem penghidup enjin, pendingin hawa automatik, roda stereng balutan kulit boleh laras, penghidup enjin dan pendingin hawa kawalan jauh untuk memasuki kenderaan dalam keadaan nyaman tersedia.

Untuk sistem hiburan didatangkan dengan skrin sesentuh bersaiz 7 inci dengandan keterhubungan AppleCarPlay dan Android Auto serta untuk pemandu dengan meter TFT bersaiz 4.2 inci paparan pelbagai maklumat.

Honda Connect untuk varian RS, 6 pembesar suara (RS), dua pengecas USB hadapan dan satu di belakang antara ciri yang terdapat pada model ini dengan kerusi belakang jatuhan 60:40 membolehkan ia menambah ruang dari 380 liter pada bahagian but sehingga 1,470 liter.

Ciri keselamatan terbaik dengan enam beg keselamatan untuk varian tertinggi, Honda Lane Watch dengan Honda Sensing yang lengkap meliputi Notifikasi Kereta Hadapan Bergerak (LCDN), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS), Mitigasi Keluar Jalan Raya (RDM), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).

ENJIN 1.5L i-VTEC.
ENJIN 1.5L i-VTEC.

Ia didatangkan dengan Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), SIsyarat Berhenti Kecemasan, ISOFIX & Tether dan Sistem Brek Override.

Model WR-V Serba Baharu berkongsi spesifikasi hampir sama dalam pasaran Indonesia dan Thailand kecuali untuk pasaran Malaysia terdapat ciri larasan lampu utama (tiada rel bumbung dan dwi-tona).

Tempoh penghantaran kini dalam tempoh dua bulan dan WR-V Serba Baharu ini didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Merah Ingnite Metalik, Putih Platinum Pearl, Kelabu Meteroid Metalik, Hitam Crystal Pearl dan terbaharu Stellar Diamond Pearl.

PAPAN pemuka ciri teknologi dan elegan.
PAPAN pemuka ciri teknologi dan elegan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 6:30 AM