KETIKA acara akhir.
KETIKA acara akhir.
ANTARA keluarga dan peminat yang hadir.
ANTARA keluarga dan peminat yang hadir.
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motor (UWMT) baru-baru ini menganjurkan Kejuaraan E-Sukan Toyota GR Velocity musim ke-5 dengan pemenang utamanya menerima hadiah wang RM20,000.

Program berlangsung di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya dan untuk acara Grand Finale, tiga siri perlumbaan diadakan.

Presiden UMWT Ravindran K berkata, aktiviti perlumbaan di trek dan dalam talian Toyota bertujuan memperkasakan impian individu serta mendorong mereka untuk cemerlang.

"Penganjuran acara ini membolehkan mereka yang cemerlang dalam permainan atas talian mengembangkan bakat dan potensi, malah ada yang beralih kepada perlumbaan sebenar.

"Gabungan perlumbaan fizikal dan atas talian Toyota sejak 2018 memberikan kami peluang untuk menyumbang secara besar-besaran kepada mempromosikan sukan permotoran Malaysia," katanya.

Pusingan akhir serantau Toyota Gazoo Racing GT Cup anjuran Toyota Motor Asia Pasifik (TMAP) akan diadakan pada 2 Oktober ini secara atas talian.

PEMENANG musim ke-5 bersama Ravindran (kanan).
PEMENANG musim ke-5 bersama Ravindran (kanan).

Sekiranya muncul juara, ia membolehkan pasukan Malaysia mewakili Asia untuk bertanding di Monaco pada 25 November ini.

Selain peserta, acara itu turut menampilkan empat pelumba jemputan membabitkan selebriti, media, pemain jemputan dan pemandu kelas rookie.

Mereka ini terbabit dalam perlumbaan Cabaran Vios Toyota Gazoo Racing (TGR).

Perlumbaan dalam kalangan selebriti itu dimenangi oleh pelakon Zizan Razak, diikuti penyampai Nabil Ahmad dan seorang lagi pelakon iaitu Shukri Yahaya, yang secara kebetulan juga menjadi tiga pencabar terbaik dalam Kelas Promotional siri perlumbaan Vios Challenge TGR.

PERLUMBAAN e-sukan berkualiti tinggi.
PERLUMBAAN e-sukan berkualiti tinggi.

Cabaran Vios Rookies pula menyaksikan pemandu muda iaitu Adele Lew, Nabil Azlan, Sharique Zulqarnain dan Muizz Musyaffa bertarung sengit.

Kejuaraan E-Sukan Toyota GR Velocity musim ke-5 dimenangi oleh Muhammad Iqbal, diikuti Muhammad Uzair dan Taj Izrin Aiman Taj Madira.

SUASANA acara.
SUASANA acara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 6:30 AM