GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
Mohamad Fahd Rahmat


HONDA Malaysia terus menawarkan nilai hebat bagi memastikan pelanggannya dapat memiliki kenderaan diidamkan melalui kempen ‘Nikmati Hadiah untuk Tempahan Awal’.

Honda Malaysia dalam kenyataannya berkata, pihaknya yakin pelanggan pasti lebih gembira dengan pemberian ganjaran istimewa termasuk Bonus Honda, Baucar Servis Percuma atau Plihan Tunai sehingga RM3,500.

Katanya, ia sebagai nilai tambah terhadap pelanggan yang menerima reka bentuk keseluruhan dan prestasi terbaik serta penjimatan cemerlang bahan api kenderaan Honda.

“Rebat berkenaan terpakai untuk Honda Jazz, Jazz Hybrid, City Hybrid, BR-V, Accord, CR-V dan model Odyssey yang berdaftar pada 1 hingga 30 April 2019,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 9:54 PM