TOICHI Ishiyama (kiri) bersama Sarly Adle Sarkum ketika  kempen ‘Road to 900,000 Unit Milestone’ di Sunway Pyramid. FOTO Mahzir Mat Isa
TOICHI Ishiyama (kiri) bersama Sarly Adle Sarkum ketika kempen ‘Road to 900,000 Unit Milestone’ di Sunway Pyramid. FOTO Mahzir Mat Isa
Oleh Lizam Ridzuan


HONDA Malaysia melancarkan kempen ‘Road to 900,000 Unit Milestone’ sempena meraikan jumlah pengeluaran kenderaan Honda di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, kempen ini bermula pada 1 Ogos hingga 22 September nanti di semua 90 ruang pameran dan jualan Honda di seluruh negara.

“Honda Malaysia bakal mengeluarkan kenderaan ke-900,000 unit pada suku ketiga tahun ini dan untuk menghargai sokongan pelanggan kempen ini dianjurkan.

“Mereka boleh menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk mendapatkan tiket yang membolehkan mereka memenangi hadiah utama dan lebih banyak tiket diperolehi maka lebih peluang untuk menang,” katanya pada majlis pelancaran di Petaling Jaya, hari ini.

Pemenang bertuah bakal memenangi salah satu daripada sembilan kereta yang ditawarkan iaitu Honda Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V atau Accord.

Honda Malaysia yang ditubuhkan pada 2002 mula mengeluarkan kenderaan secara pemasangan tempatan (CKD) sejak 2003 dengan model Jazz, City dan Civic.

Untuk maklumat lanjut dan menyertai kempen ini orang ramai boleh layari laman web honda.com.my/microsite/900k atau Facebook/hondamalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 2:30 PM