UNTUK rekaan luaran dengan perincian pek Nerissimo, ia didatangkan dengan kelompok lampu belakang yang kelihatan gelap, logo dan gril depan berkrom hitam.
UNTUK rekaan luaran dengan perincian pek Nerissimo, ia didatangkan dengan kelompok lampu belakang yang kelihatan gelap, logo dan gril depan berkrom hitam.
Lizam Ridzuan


MODEL Levante Vulcano Edisi Terhad dilancarkan sebagai meraikan sambutan ulang tahun satu dekad Naza Italia-Maserati di negara ini. Sebanyak 150 unit Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu dikeluarkan untuk pasaran Eropah dan Asia dan daripada jumlah itu, hanya 10 unit ditawarkan di Malaysia.

Ia dikuasakan dengan enjin 3.0 liter V6 petrol dwi-turbo yang mampu menghamburkan kuasa kuda 430 PS. Dengan rekaan powertrain, Maserati dibina di Maranello yang juga kilang untuk jenama Ferarri di Itali.

Untuk rekaan luaran dengan perincian pek Nerissimo, ia didatangkan dengan kelompok lampu belakang yang kelihatan gelap, logo dan gril depan berkrom hitam.

Ia juga didatangkan dengan tingkap sekeliling berwarna hitam berkilat, pemegang pintu berwarna dan paip ekzos dan set rim aloi Helios 21 inci dengan warna kusam dipadankan angkup brek berwarna merah.

RUANG dalaman mewah.
RUANG dalaman mewah.

Tampil menyerlah dengan warna matte ‘Grigio Lava’, pada bahagian dalaman, ia dilimpahi kemewahan dan elemen sporty terutama kerusi kulit Pieno Fiore merah dilengkapi kuasa elektrik.

Kemasan tampil elegan dengan elemen gentian karbon berkilat termasuk pedal penukar gear, stereng boleh laras elektrik, logo Trident krom serta perkataan ‘one of 150’ untuk ciri eksklusif buat pemilik.

Sistem bunyi premium daripada Bowers & Wilkins, pengesan parkir hadapan dan belakang, sistem penutupan pintu lembut, lampu adaptif Matrix LED sepenuhnya melengkapi elemen premium ditawarkan.

CIRI eksklusif.
CIRI eksklusif.

Ciri keselamatan terbaik ditawarkan iaitu Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) dengan ciri Kawalan Kenderaan Bersepadu, Amaran Pelanggaran Hadapan, Pengesan Papan Tanda Trafik, Kamera Pandangan Persekitaran, Sistem Bantu Lebuh Raya, Bantu Kekal Laluan dan Bantu Titik Buta Aktif.

Levante Vulcano Edisi Terhad dijual pada harga bermula RM838,800 (atas jalan tanpa insurans) serta jaminan tiga tahun pengeluar tanpa had perbatuan dan program penyelenggaraan percuma tiga tahun atau 100,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

LEVANTE Vulcano Edisi Terhad dijual pada harga bermula RM838,800 (atas jalan tanpa insurans).
LEVANTE Vulcano Edisi Terhad dijual pada harga bermula RM838,800 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2019 @ 6:30 AM