Lizam Ridzuan


Jenama kenderaan mewah, Maserati dari Itali bukan saja menawarkan ciri eksklusif malah didatangkan dengan elemen prestasi, sesuai bagi kegunaan seharian.

Sesi pandu uji eksklusif 'Maserati Levante Meets Nature Lifestyle Drive' diatur untuk media di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Ia diatur untuk media merasai serta menguji keupayaan kenderaan ini.

Vroom berpeluang menyertainya yang juga bersempena dengan pengenalan model Maserati Levante S Baharu sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV).

MASERATI Levante S serlah kemantapan prestasi dan ciri mewah.
MASERATI Levante S serlah kemantapan prestasi dan ciri mewah.

Ia bukan sahaja tampil dengan rekaan sporty gaya coupe malah datang dengan enjin berprestasi.

Model ini mula memasuki pasaran Malaysia sekitar 2016 dan kini, ia tampil dengan ciri yang diperkemaskan.

Rekaan luarannya nampak kemas dengan lampu utama Matrix Adaptif dan lampu nyalaan siang (DRL). Kluster lampu belakang juga turut diperbaharui.

BAHAGIAN belakang elemen prestasi.
BAHAGIAN belakang elemen prestasi.

Ia dihasilkan dengan teknologi suntikan acuan 3K terkini dengan lampu bentuk seakan boomerang yang diinspirasikan daripada model Giugiaro 3200 GT keluaran 1990.

Rekaan gril menyerlah dengan logo Trident juga diperkemaskan dengan konsep Alferi yang turut ada pada model ikonik seperti Tipo 60 Birdcage.

PENDAKIAN ke Gunung Raya, Langkawi.
PENDAKIAN ke Gunung Raya, Langkawi.

Ia juga memiliki elemen tiga sirip udara pada bahagian sisi, bumbung ciri coupe selain spoiler belakang dilengkapi lampu brek ketiga.

Pintu kargo elektriknya datang dengan fungsi bukaan melalui pergerakan kaki.

Bampar pula diberi sentuhan gaya 'difusser' manakala empat ekzos yang ada padanya adalah padanan sentuhan prestasi.

Kereta ini dipadankan dengan rim aloi bersaiz 21 inci. Tayar hadapannya bersaiz 265/40 manakala tayar belakang bersaiz 295/435.

KONSOL tengah kemasan gentian karbon.
KONSOL tengah kemasan gentian karbon.

Untuk ruangan kabin, ia kekal gaya mewah. Sistem infotainmennya yang bersaiz 8.4 inci dipertingkatkan dengan sistem Bantuan Pintar Maserati (MIA) serta keterhubungan Android Auto.

Panel meter gabungan analog dan digital bersaiz tujuh inci TFT yang lebih jelas pula amat mesra untuk pemandu.

Ciri plastik pada model terdahulu kini digantikan dengan penutup kaca rata antisilau.

Papan pemukanya dihasilkan daripada lapisan material gabungan kulit berkualiti tinggi.

PADANAN rim aloi 19 inci.
PADANAN rim aloi 19 inci.

Kerusi hadapan sport pula dilengkapi 12 ketetapan larasan elektrik.

Roda sterengnya dilengkapi penukar gear tangan gentian karbon dan pedal krom manakala sistem pembesar suara premium Bowers & Wilkins membolehkan pemandu dan penumpang merasai akustik terbaik sepanjang perjalanan.

Sistem penyaman udara empat zon, bumbung panorama dengan kuasa elektrik dan pelindung matahari manual menjadikan keseluruhan perjalanan penulis di pulau lagenda itu tambah menarik.

KLUSTER meter dipertingkat.
KLUSTER meter dipertingkat.

Dengan enjin berkuasa 2,979cc petrol V6 Twin Turbo suntikan terus (GDI) dan transmisi lapan kelajuan ZF automatik, ia menjana 430 kuasa kuda (hp) pada 5,750rpm dan tork 580Nm pada 2,000 hingga 4,750 rpm.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 5.2 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 264 km/j.

PAPAN pemuka gaya mewah.
PAPAN pemuka gaya mewah.

Tangki bahan api 80 liter mencatatkan penggunaan sekitar 12.6 ke 13.3 liter bagi setiap 100km.

Kenderaan pacuan semua roda Q4 ini dilengkapi sistem gantungan hadapan Double-Wishbone, suspensi udara boleh laras dan penyerap hentakan Skyhook.

Penulis memandu di sekitar Pulau Langkawi dan berkesempatan ke Gunung Raya kerana ia lokasi tepat bagi menguji segala ciri-ciri yang tersedia.

Empat mod pemanduan tersedia iaitu Normal, Sport, Off-Road dan Increased Control & Efficiency (I.C.E).

Menerusi mod sport ia bukan sahaja menjadikan bunyi ekzos lebih garang malah kemantapan pengendalian melalui selekoh tajam, sempit dan berbukit juga dapat dirasakan.

ENJIN 3.0 liter twin-turbo.
ENJIN 3.0 liter twin-turbo.

Selain itu, ia juga lancar pada sebarang kelajuan dan untuk memintas, dengan enjin yang responsif, ia menawarkan kepuasan tersendiri.

Secara keseluruhan, Maserati Levante S Baharu ini menawarkan SUV mewah, teknologi termaju dan elemen kemasan dipertingkatkan.

Ia juga datang dengan Bantuan Pemandu Aktif (ADS) yang ditambah daripada Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) tahap dua.

Penulis yang pertama kali menguji jentera daripada Maserati pada awalnya menjangkakan, ia pasti datang dengan ciri prestasi sama dengan jenama premium lain.

Namun sebaik berada di dalam kabin, selain ciri keselesaan maksimum dengan tempat duduk sports kulit, ia juga menyajikan prestasi hebat pada sebarang kelajuan sesuai untuk gaya hidup.

BUMBUNG panorama.
BUMBUNG panorama.

Kapasiti ruangan kargo seluas 580 liter antara ciri kemudahan dan praktikal bagi segmen SUV sebegini.

Antara ciri keselamatan ditawarkan pada model ini ialah Sistem Bantuan Lebuhraya (HAS), Kawalan Menuruni Bukit dan enam beg keselamatan.

Maserati Levante S dijual pada harga RM808,800 termasuk spesifikasi penuh atau opsyen dan tawaran tempoh terhad untuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Selain Levante S turut ditawarkan varian Levante V8 Trofeo dengan enjin 3.8 liter.

KERUSI belakang fungsi keselesaan dan praktikal.
KERUSI belakang fungsi keselesaan dan praktikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2022 @ 6:30 AM