Mat London ketika membawa watak Pak Karim dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri.
Mat London ketika membawa watak Pak Karim dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri.
Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim, 74, meninggal dunia pada jam 5.57 pagi, hari ini di Hospital Kuala Lumpur. 

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat. 

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Anaknya, Salmany Akir Ahmad, 42, turut memaklumkan berita sedih itu menerusi Facebook. 

"Sesudah laungan azan subuh…..papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi Jumaat.

 اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ 

 "Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah lelaki),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya" tulisnya. 

Mat London yang juga pengarah turut dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Allahyarham Mamat Khalid membawa watak Pak Karim. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 8:17 AM