Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur : Puteri Sarah Liyana mengizinkan suaminya, Syamsul Yusof untuk melawat anak-anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah pada Aidilfitri ini.

Puteri Sarah juga memaklumkan dia akan meraikan Aidilfitri di kediaman mentuanya di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini.

"Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Kalau dia nak berjumpa anak-anak, boleh saja. Silalah datang ke rumah di Taman Melawati, rumah Datuk Yusof Haslam. Saya akan beraya di sana dan pergi bercuti bersama," katanya.

Sementara itu, Syamsul ketika ditemui enggan memberikan sebarang komen dan perkongsian saat ditanya mengenai sambutan Aidilfitrinya tahun ini.

"Apa-apa, tanya kepada peguam saya. Saya letih," katanya.

Terdahulu, Sarah mengesahkan bahawa dia tidak akan beraya di luar negara seperti yang dikongsikan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 3:11 PM
Riaksi Puteri Sarah selepas suaminya yang juga pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof gagal mencapai kata persetujuan lafaz cerai di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. FOTO HAZREEN MOHAMAD