Datin Patimah Ismail bersama suaminya, Datuk Yusof Haslam.
Datin Patimah Ismail bersama suaminya, Datuk Yusof Haslam.

Kuala Lumpur: Ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menulis luahan kesedihannya di Instagram Story mengenai menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana yang akan meraikan Aidilfitri di luar negara.

Nenek kepada Syaikhul Islam dan Sumayyah itu juga berkongsi mengenai rasa hancur hatinya kerana terpaksa berjauhan dengan mereka.

"Hari Raya, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya. "Kejam perbuatan mereka!" tulisnya dalam hantaran yang lengkap dengan emoji hati retak itu.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan gambar Syaikhul dan Sumayyah, diiringi dengan lagu latar Air Mata Syawal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tindakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes perceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul yang bakal berakhir 18 April ini.

Sebelum ini Patimah memberi sokongan penuh dan kata-kata semangat mengenai apa sahaja keputusan yang diambil oleh menantu serta anaknya mengenai masa depan perkahwinan mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2023 @ 3:31 PM