BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), yang paling sengit pernah dihadapi negara, berakhir tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.


PRU-15: Keputusan rasmi kerusi Parlimen


Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10

11.57 pagi: Kereta membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat meninggalkan perkarangan Pintu Utama Istana Negara diikuti kenderaan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, satu minit kemudian.

10.56 pagi: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir tiba di Istana Negara.

10.54 pagi: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang tiba di Istana Negara.

10.52 pagi: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Istana Negara, bagi menghadiri perbincangan khas Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.

10.45 pagi: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tiba di Istana Negara bagi menghadiri perbincangan khas Raja-Raja Melayu bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.

10.29 pagi: Kenderaan yang membawa Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memasuki Pintu Utama Istana Negara, di sini, bagi menghadiri perbincangan khas Raja-Raja Melayu bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.

10.20 pagi: Kenderaan yang membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memasuki Pintu Utama Istana Negara, di sini, bagi menghadiri perbincangan khas Raja-Raja Melayu bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.

9.40 pagi: Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memasuki Pintu Utama Istana Negara, bagi menghadiri perbincangan khas Raja-Raja Melayu bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.

Tumpuan terarah di Pintu Utama Istana Negara: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan hari ini sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.


23 Nov 2022

Umno sertai Kerajaan Perpaduan: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tiga komponen BN usul undi tidak percaya terhadap Zahid: Usul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

5 petang: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang dipercayai mengadakan pertemuan di hotel di Kuala Lumpur meninggalkan premis tanpa bertemu media.

PN, BN bertemu petang ini: Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tiba di hotel di ibu kota dipercayai untuk menghadiri satu pertemuan penting.

2.57 petang: Naib presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di hotel di Kuala Lumpur. Beliau enggan mengulas tujuannya hadir ke hotel itu.

Raja-Raja Melayu bincang di Istana Negara: Istana Negara menganjurkan perbincangan khas Raja-Raja Melayu esok, susulan kemelut pembentukan kerajaan

Pemimpin PH berkumpul di pejabat Anwar: Beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dilihat berkumpul di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Pemimpin BN, GPS selesai menghadap Agong: Sesi menghadap antara beberapa pemimpin parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selesai setakat tengah hari ini.

12 tengah hari: Pemimpin GPS beredar dari Istana Negara

• Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat melambai dan senyum kepada kumpulan media selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira 40 minit.

• 632 pegawai, anggota polis kawal Istana Negara: Polis Kuala Lumpur melaksanakan enam sekatan jalan raya (SJR) di seluruh kawasan berhampiran Istana Negara terutamanya di kawasan Pintu 2.

11.10 pagi: Konvoi kenderaan wakil parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) antaranya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kelihatan tiba di Istana Negara.

10.45am: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

10.40 pagi: Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

GPS pula dititah menghadap Agong: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah

10.12 pagi: Kenderaan dipercayai membawa Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali tiba di Istana Negara pagi ini.

Kenderaan dipercayai membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.


22 NOV 2022

Agong titah 30 Ahli Parlimen BN menghadap: Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional menghadap secara individu di Istana Negara, di sini, 10.30 pagi esok.

Pelantikan PM ke-10 belum diputuskan - Anwar: Gabungan dua parti terbesar Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberikan tempoh masa untuk perbincangan lanjut dijalankan.

5.10 petang: Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2.

4.11 petang: Kenderaan membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution dilihat masuk ke pintu 2, Istana Negara.

4.06 petang: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masuk ke pintu 2, Istana Negara.

• Agong titah ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional menghadap 4.30 petang ini di Istana Negara: Istana Negara

3.49 petang: Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

• Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah titah rakyat terima apa sahaja keputusan berhubung pembentukan kerajaan dan akan buat keputusan berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat

BN kekal sebagai pembangkang - Ismail Sabri: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan

1:26 tengah hari: Kenderaan dipercayai membawa Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dilihat memasuki Istana Negara.

• Parti Warisan menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional: Mohd Shafie

12.07 tengahari: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu kenderaan uitiliti sukan (SUV) Hyundai berwarna putih meninggalkan pintu 1, Istana Negara.

11.15 pagi: Beberapa pimpinan (BN) mula tiba di ibu pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia bagi menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN


Anwar ulangi PH miliki majoriti tubuh kerajaan Persekutuan: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan gabungan itu mempunyai https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/906416/anwar-ulangi-ph-miliki-majoriti-tubuh-kerajaan-persekutuan untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Ahmad Zahid nafi BN bersetuju tubuh Kerajaan Persekutuan bersama GPS, PN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/906408/ahmad-zahid-nafi-bn-bersetuju-tubuh-kerajaan-persekutuan-bersama-gps-pn dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin dapat sokongan jadi PM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/906372/muhyiddin-dapat-sokongan-jadi-pm yakin memperoleh jumlah sokongan mencukupi untuk dilantik Perdana Menteri ke-10.

Kerajaan campuran PN, BN, GPS, GRS ditubuh - Abang Jo: Gabungan Parti Sarawak (GPS) https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/906366/kerajaan-campuran-pn-bn-gps-grs-ditubuh-abang-jo untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama tiga lagi pakatan parti politik Semenanjung dan Sabah.

Beberapa Ahli Parlimen BN sokong PN bentuk kerajaan: Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong gabungan PN untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan, kata Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah.

Isham cadang BN jadi pembangkang: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Hizatul Isham Abdul Jalil mencadangkan supaya blok Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang untuk menyemak imbang kerajaan dan tidak menyertai mana-mana gabungan kerajaan campuran.

PH belum 'buka langkah', Anwar masih 'membisu': Biarpun meraih jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu 82 daripada keseluruhan 219 yang dipertandingkan, Pakatan Harapan masih perlu 'memikat' ahli Parlimen atau gabungan lain bagi melengkapkan sekurangnya 112 kerusi sebelum Kerajaan baharu dapat dibentuk.

Warisan sokong Kerajaan Persekutuan beri kestabilan negara: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menyokong pembentukan Kerajaan Persekutuan yang mampu memberi kestabilan kepada negara dan menjaga kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kemuka nama calon PM sebelum 2 petang esok - Istana Negara: Gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti susulan gabungan parti politik untuk menjadi calon Perdana Menteri, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

2 petang: Agong titah ketua parti politik dengan jumlah kerusi banyak maklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan dipersetujui untuk bentuk kerajaan. Titah dan keputusan Agong berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan PM adalah muktamad: Istana Negara

2 petang: Kenderaan membawa Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilihat meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2 dipercayai selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan keputusan PRU-15.

1.01 tengah hari: Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilihat masuk ke perkarangan Istana Negara melalui Pintu 2 dengan kenderaan rasmi.


Pemimpin PN, Pas, GPS bincang pembentukan kerajaan: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat.

PH dakwa peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

BN sedia ketepikan perbezaan sentimen - Ahmad Zahid: Barisan Nasional (BN) bersedia mengenepikan perbezaan sentimen sebelum ini demi melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.

• GRS sokong kerajaan Persekutuan yang mampu beri kebaikan dan kestabilan kepada Sabah, Sarawak: Pengerusi GRS Hajiji

Dakwaan PN, PH bekerjasama palsu: Perikatan Nasional (PN) menafikan penularan kenyataan media mendakwa gabungan itu bakal memeterai kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.


PRU-15: Parlimen tergantung, tiada parti peroleh majoriti: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), yang paling sengit pernah dihadapi negara, berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2022 @ 2:51 PM