JOSUE (kanan) dan Morales (kiri) menjadi tonggak penting skuad KL City FC. FOTO ARKIB NSTP
JOSUE (kanan) dan Morales (kiri) menjadi tonggak penting skuad KL City FC. FOTO ARKIB NSTP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya bakal mempunyai banyak pilihan di jentera serangan apabila dua pemain import Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam usaha untuk memperoleh kad pengenalan masing-masing.

Jika proses itu berjaya, dua pemain terbabit iaitu Paulo Josue dan Romel Morales akan beraksi di Liga Super sebagai pemain tempatan, sekali gus menguatkan lagi pasukan The City Boys kelak.

Malah, dua tonggak terbabit akan memberi pilihan kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk memilih pemain berkualiti untuk menguatkan pasukan kebangsaan.

Setiausaha Agung Kuala Lumpur FA (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, permohonan Josue untuk mendapatkan status kewarganegaraan terlebih dahulu dibuat, diikuti Morales iaitu pada Oktober atau November.

Beliau berkata, berdasarkan kepada kriteria utama, dua pemain itu sudah mencukupi tempoh lima tahun berturut-turut pada penghujung tahun ini beraksi bersama skuad The City Boys.

"Bagi saya, Josue adalah pemain tengah terbaik di Malaysia. Tanpa dia, saya tidak fikir KL City boleh pergi jauh. Kerana dia kita berada di tempat kita hari ini," katanya.

Salah satu kriteria ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), mana-mana pemain yang mahu dinaturalisasikan mestilah beraksi di negara terbabit minimum selama lima tahun berturut-turut.

Antara kriteria lain, pemain yang ingin dinaturalisasikan mestilah belum membuat penampilan senior bersama skuad kebangsaan negara kelahirannya dalam perlawanan kompetitif.

Josue yang juga kapten KL City beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2017 dengan membuat 81 penampilan dan menjaringkan 29 gol.

Manakala Morales yang berusia 25 tahun menyertai KL City pada 2021, namun sudah berkelana di Liga Malaysia sejak 2018 dengan permulaan karier bersama PKNS FC.

Terdahulu, (Liga Bolasepak Malaysia) telah permohonan dua pemain Sri Pahang, Lee Tuck dan Aguero untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Bagaimanapun, MFL menegaskan kelulusan mana-mana pemain naturalisasi akan dibuat berdasarkan Peraturan Kelayakan yang termaktub dalam Statut Fifa iaitu tinggal selama lima tahun berturut-turut di negara itu, sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Pasukan negara sudah memiliki tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula, sekali gus kehadiran Josue serta Morales menambah pilihan buat Pan-gon.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2022 @ 2:30 PM