SEPANJANG tiga jam beraksi, Ziana dan Anuar bukan sahaja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu hit mereka, tetapi celoteh melucukan.
SEPANJANG tiga jam beraksi, Ziana dan Anuar bukan sahaja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu hit mereka, tetapi celoteh melucukan.
Najiy Jefri


PENANTIAN peminat menyaksikan dua supernova berkongsi pentas besar akhirnya menjadi kenyataan melalui Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Sabtu lalu.

Tirai konsert bermula jam 9 malam dibuka dengan dua lagu rancak, Sangkar Cinta dan Bila Resah yang disampaikan dengan penuh bertenaga oleh dua figura hebat ini.

Sepanjang tiga jam beraksi, Ziana dan Anuar bukan saja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu hit mereka, tetapi celoteh melucukan sekali gus menggamatkan suasana.

Dalam berhibur dan berinteraksi dengan peminat secara spontan, air mata Ziana gugur di hadapan kira-kira 2,800 penonton.

Ziana gagal menahan perasaan sebak apabila mengimbas semula pesanan dan nasihat dititipkan ibunya sebagai panduan selepas bergelar anak seni.

"Emak sering menasihatkan saya tidak mudah lupa diri dan sentiasa berpijak di bumi nyata. Apa yang dikurniakan hari ini semuanya milik Allah," kata Ziana sambil ditenangkan Anuar.

Konsert julung kali menggandingkan mereka di Kuala Lumpur juga boleh dianggap menamatkan 'kemarau' selepas lebih dua dekad Ziana tidak beraksi di konsert berskala besar.

Menarik mengenai permulaan konsert itu adalah dengan tayangan video mengenai perjalanan awal karier dua beradik itu yang memaparkan temubual bersama individu penting di sebalik kejayaan mereka.

KEJAYAAN konsert berdurasi hampir tiga jam itu dibantu sistem bunyi dan teknik pencahayaan berkualiti, sekali gus menjadikan persembahan itu sempurna.
KEJAYAAN konsert berdurasi hampir tiga jam itu dibantu sistem bunyi dan teknik pencahayaan berkualiti, sekali gus menjadikan persembahan itu sempurna.

Cinta dan kasih sayang diberi kepada ibu bapa, Zain Abdullah atau lebih mesra disapa Pak Zain dan Robiah Abdul yang menjadi penyokong karier seni dua beradik itu selama ini.

Mempersembahkan Sangkar Cinta dan Bila Resah sebagai pembuka persembahan, kemudian penonton dibuai pula dengan lagu yang cukup beremosi daripada Ziana yang melantunkan lagu Puncak Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu dan Terlerai Kasih, iaitu satu-satunya lagu yang tidak pernah dinyanyikan dalam mana-mana persembahan.

Bagi mereka yang selama ini mempertikaikan kemampuan Ziana membawakan lagu bernada tinggi yang menjadi tanda dagangnya, konsert ini membuktikan segala dakwaan itu tidak benar.

Walaupun sudah berusia 54 tahun, vokal Ziana masih mampu mencapai nota tinggi hingga bergema sorakan penuh teruja daripada peminat.

"Alhamdulillah selepas menjalani pembedahan bariatrik untuk merawat penyakit gastrik yang dialami, barulah saya rasa semakin bertenaga.

Kelibat Anuar yang menyampaikan lagu Ketulusan Hati dan Mungkin dengan penuh penjiwaan membuatkan penonton mudah larut dalam emosi bersahaja yang diciptanya.
Kelibat Anuar yang menyampaikan lagu Ketulusan Hati dan Mungkin dengan penuh penjiwaan membuatkan penonton mudah larut dalam emosi bersahaja yang diciptanya.

"Untuk konsert ini, saya sering beriadah dengan berjalan untuk membina stamina," kata Ziana pada sidang media selepas konsert berakhir.

Kelibat Anuar, 52, yang menyampaikan lagu Ketulusan Hati dan Mungkin dengan penuh penjiwaan membuatkan penonton mudah larut dalam emosi bersahaja yang diciptanya.

Apa yang lebih menyeronokkan pada konsert terbabit, setiap lagu yang dipersembahkan Ziana dan Anuar pasti akan disambut oleh penonton yang mengiringi nyanyian kedua-duanya.

Seperti yang disebut pada permulaan tadi, gelaran supernova wajar diberikan kepada dua bintang ini yang bijak mengawal keseluruhan konsert itu agar setiap yang hadir berasa teruja.

Tidak perlu 'props' sarat, penari latar atau gimik lain untuk memukau penonton, sebaliknya keberadaan dua penyanyi ini setiap kali melangkah ke tengah pentas pasti menerima sorokan luar biasa Itulah penangan anak-anak Pak Zain yang membuatkan mereka berbeza daripada penyanyi lain.

Kejayaan konsert berdurasi hampir tiga jam itu dibantu sistem bunyi dan teknik pencahayaan berkualiti, sekali gus menjadikan persembahan itu sempurna.

Malah susunan lagu juga dibuat dengan penuh rapi. Paling menarik perhatian pastinya lagu Madah Berhelah yang digubah menjadi pop rock, sekali gus menyuntik elemen segar pada karya ciptaan Saari Amri itu.

Bagaimanapun, dalam setiap konsert pasti ada kelemahan dan melihat tindakan Anuar yang kerap turun pentas untuk beramah mesra dengan penonton yang mengambil masa terlalu lama, mengganggu keghairahan audiens serta momentum konsert.

Malah celoteh yang terlalu lama tanpa pengisian yang menarik pada setiap persembahan juga menyekat keterujaan penonton hingga menjejaskan momentum peminat yang dahagakan hiburan daripada dua bintang ini.

Sepatutnya coleteh yang boleh disingkatkan dengan deretan lagu-lagu hits yang sememangnya menjadi makanan dan halwa telinga peminat setia.

Diharapkan pengumuman pada penghujung persembahan yang dibuat iaitu bakal membawa konsert itu ke Singapura pada 24 September ini dapat dipadatkan dengan persembahan demi persembahan luar buasa.

Antara rakan selebriti hadir Noryn Aziz, Misha Omar, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Shuib Sepahtu, Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida, Ernie Zakri dan Syamel.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 6:00 AM