Agensi

Brasilia: Seorang pakar bedah berjaya memisahkan kepala dan badan dua kembar siam di Brazil menerusi pembedahan secara Realiti Maya (VR) yang mengambil masa selama 27 jam.

Daily Star melaporkan, Bernardo dan Arthur Lima, dari Brazil menjalani beberapa pembedahan di Rio de Janeiro sebelum ke London untuk prosedur rawatan yang mengubah hidup mereka.

Pakar bedah saraf British di Great Ormond Street Hospital berjaya memisahkan kedua-dua kepala kembar itu yang bercantum yang dijalankan pakar bedah kanak-kanak Noor ul Owase Jeelani.

Menurut badan amal Gemini Untwined yang membiayai kos pembedahan, prosedur itu adalah yang paling kompleks pernah dijalankan dan mendapat bantuan 100 kakitangan perubatan.

Pakar bedah dilaporkan menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan untuk pembedahan secara VR berdasarkan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) terhadap Bernardo serta Arthur.'

KEMBAR siam, Bernardo dan Arthur Lima sebelum menjalani pembedahan.
KEMBAR siam, Bernardo dan Arthur Lima sebelum menjalani pembedahan.

Pakar bedah di London dan Rio de Janeiro bekerjasama dengan set kepala VR supaya mereka boleh berada di dalam bilik yang sama antara satu sama lain walaupun jaraknya 9,656 kilometer (km).

"Sungguh mengagumkan malah sangat bagus untuk melihat anatomi dan melakukan pembedahan sebelum meletakkan kanak-kanak pada sebarang risiko.

"Pembedahan ini dianggap paling rumit dan untuk melakukannya dalam VR adalah perkara yang di luar jangkaan," kata Dr Jeelani.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 7:00 AM