Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Jumlah kes positif Covid-19 hari ini ialah 21,468 kes, hanya turun 200 kes berbanding 21,668 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan sebanyak 1,363,683 kes.

Menurutnya, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 2,183 kes.

"Sebanyak 1,807 kes direkodkan di Kedah diikuti Sabah (1,654 kes), Johor (1,485 kes), Pulau Pinang (1,316 kes), Kelantan (1,088 kes) dan Negeri Sembilan (974 kes).

"Perak pula merekodkan 940 kes diikuti Melaka (723 kes), Sarawak (715 kes), Pahang (572 kes) dan Terengganu (440 kes)," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Putrajaya merekodkan 66 kes diikuti Perlis (50 kes) dan Labuan (enam kes).

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 3:18 PM