GAMBAR Htet Htet memegang senjata api di FB. FOTO Twitter
GAMBAR Htet Htet memegang senjata api di FB. FOTO Twitter
Agensi

Yangon: Rupawan ini bukan sebarangan Ratu Cantik Myanmar, sebaliknya memiliki semangat juang tinggi dan sanggup mengangkat senjata bagi menentang keganasan di negaranya.

Htar Htet Htet, 32, dilapor menyertai pasukan penentang bagi melawan rampasan kuasa tentera junta yang berlaku sejak 1 Februari lalu hingga tercetusnya protes yang mengorbankan ratusan penunjuk perasaan prodemokrasi.

Htet Htet juga berkongsi gambarnya memegang senapang di Facebook (FB) bersama keterangan "masanya tiba untuk melawan kembali."

Wanita itu menyertai pertandingan, Miss Grand International di Thailand pada 2013 dan bersaing dengan 60 ratu cantik.

Menurut Htet Htet, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kejayaan revolusi.

"Sama ada anda memegang senjata, pen atau papan tulis mahupun menyumbang wang kepada gerakan prodemokrasi, semua orang perlu memainkan peranan," katanya.

Htet Htet juga berkongsi kata-kata Che Guevara di Twitter: "Revolusi bukan seperti epal jatuh apabila ranum. Anda perlu membuatkan ia jatuh."

"Kita mesti menang," katanya yang mendakwa mengikuti latihan persenjataan di hutan selama sebulan namun tidak mengulas lanjut.

Pada 11 Mei lalu, genap 100 hari tentera junta menguasai negara itu dengan penduduk memilih demonstrasi jalanan untuk menuntut demokrasi.

Seorang lagi peserta ratu cantik senada dengan perjuangan Htet adalah Han Lay yang lantang mengkritik tindakan junta.

Dia dilapor berkata kepada media, "ramai penduduk Myanmar mati di tangan tentera... tolong selamatkan kami."

Di FB miliknya, Lay berkata, akan mengguna menggunakan pentas Miss Grand International untuk menyampaikan mesej hentikan peperangan dan penindasan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 7:05 AM