Kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal yang menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah di Kampung Padang Lanjut. FOTO IHSAN BOMBA
Kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal yang menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah di Kampung Padang Lanjut. FOTO IHSAN BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Padang Terap: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Kampung Padang Lanjut, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.40 petang, dua daripada mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira dipercayai maut, manakala seorang daripada dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Y15 turut meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 4.45 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang diketuai Johari Saad dihantar ke lokasi kejadian.

"Mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, namun identiti mereka belum dipastikan

"Manakala, seorang mangsa yang menaiki motosikal juga dipercayai parah dan identiti yang masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dengan menaiki jentera EMRS.

"Kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 7:34 PM