BERNAMA

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, dijalankan serentak pada 16 Jan 2021.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan urusan kedua-dua PRK berkenaan di sini hari ini, berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 12 Januari.

Kedua-dua PRK berkenaan perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya susulan kematian kedua-dua penyandang kerusi tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Gerik Allahyarham Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November, manakala penyandang kerusi DUN Bugaya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah kembali rahmatullah pada 17 Nov.

GAMBAR HIASAN. FOTO arkib NSTP
GAMBAR HIASAN. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 11:35 AM