Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: Helikopter terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini,dipercayai ketika sedang membuat ujian penerbangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter.

"Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

"Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya.

Helikopter yang terhempas (gambar kiri) dan (gambar kanan) helikopter yang melakukan pendaratan cemas di padang sekolah di Taman Melawati, Ampang. Foto Ihsan Pembaca
Helikopter yang terhempas (gambar kiri) dan (gambar kanan) helikopter yang melakukan pendaratan cemas di padang sekolah di Taman Melawati, Ampang. Foto Ihsan Pembaca

Berita berkaitan

Mangsa nahas helikopter dikenal pasti

2 maut helikopter terhempas

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 1:26 PM