GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


SEBANYAK 14 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, sekali gus menjadikan 8,999 kes positif keseluruhan direkodkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, satu adalah kes import membabitkan warga Filipina yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 13 kes penularan tempatan semua membabitkan warganegara.

"Sebanyak 11 kes daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah dan dua kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Laut Labuan.

"Kes pertama adalah pelajar tiba dari Sandakan, Sabah yang akan memulakan pengajian di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes kedua pula dari Penampang, Sabah yang datang ke Labuan untuk bercuti bersama keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 210 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

"Sehingga kini, terdapat satu kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Selain itu, katanya, terdapat 17 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 8,664 kes atau 96.3 peratus.

Tambah beliau, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 125 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2020 @ 5:07 PM