Yusmizal Dolah Aling


PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu, 11 pagi ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijangka mengumumkan barisan Kabinet itu pada 5 petang selepas mendapat perkenan Tuanku.

Pengumuman akan dibuat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

PENGURUSAN kanan MPB bertemu Muhyiddin di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.
PENGURUSAN kanan MPB bertemu Muhyiddin di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-8 di hadapan Al-Sultan Abdullah, susulan peletakan jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-7 pada 24 Februari lalu.

Pengumuman jemaah menteri hari ini mengakhiri persoalan banyak pihak mengenai kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional selepas tumbangnya pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 8:36 AM