BERNAMA

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Majlis menghadap di Istana Negara itu berlangsung selama kira-kira dua jam.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri kelapan itu dilihat keluar dari Istana Negara pada 12.35 tengah hari.

MUHYIDDIN meninggalkan Istana Negara pada 12.35 tengah hari selepas mengadap Al-Sultan Abdullah bagi mempersembahkan senarai Kabinet baharu. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
MUHYIDDIN meninggalkan Istana Negara pada 12.35 tengah hari selepas mengadap Al-Sultan Abdullah bagi mempersembahkan senarai Kabinet baharu. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Terdahulu, Muhyiddin, 72, tiba untuk majlis menghadap itu pada 10.47 pagi.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada 29 Februari, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Pagoh itu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 1 Mac.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 1:50 PM