GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhammad Saufi Hassan


FACEBOOK (FB) mengumumkan akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus bermula tahun depan.

Berdasarkan notis pengebilan cukai yang dimuat naik oleh FB menyatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini.

Pelaksanaan caj cukai berkenaan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2020 dan ia sejajar dengan pengenalan cukai digital yang diumumkan baru-baru ini.

Cukai perkhidmatan ini ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik dan ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi FB atau tujuan perniagaan atau peribadi.

Pembayaran cukai kepada FB dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai.

Contohnya, pengguna dikenakan caj sebanyak USD100 kerana sudah mencapai ambang pengebilan untuk jumlah berkenaan.

Sub jumlah bagi caj berkenaan ialah USD100 bagi kos iklan dan kemudian tambahan enam peratus cukai perkhidmatan akan dimasukkan maka jumlah yang perlu dibayar adalah USD106.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 6:49 PM