Nabil Basaruddin


TAKAFUL berperanan penting sebagai pelindung kepada individu mahupun keluarga ketika berlakunya kecemasan ataupun bagi keperluan kesihatan.

Meskipun kadar penembusan takaful masih lagi rendah, pengendali takaful di Malaysia terus melaksanakan peranan bagi memastikan setiap rakyat dapat dilindungi dan mendapat manfaatnya.

Menyedari akan keperluan itu, AIA Public Takaful Bhd (AIA Public Takaful) melalui janji jenamanya, Hidup lebih sihat, panjang dan bermakna serta kempen Data Mak Aku menawarkan beberapa pelan perlindungan bagi memenuhi keperluan semasa pemegang polisi.

Kafe Ahad kali ini mewawancara Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful, Elmie Aman Najas bagi mengulas isu ini.

Ikuti temu bual beliau bersama wartawan Nabil Basaruddin, penerbit Nabihah Kamal dan juruvideo Khairus Ramli.

Boleh kongsikan secara ringkas mengenai AIA Public Takaful?

AIA Public Takaful diperbadankan pada Mac 2011 dan dimiliki secara bersama oleh AIA dan Public Bank Bhd serta Public Islamic Bank Bhd.

Syarikat ini menawarkan penyelesaian takaful patuh syariah kepada rakyat Malaysia, sesuai dengan keperluan perlindungan mereka di setiap peringkat kehidupan seperti pelan perubatan, takaful keluarga, pelan berkaitan pelaburan dan lain-lain.

Setakat ini, syarikat mempunyai tenaga agensi seramai 14,000 ejen yang mana 8,000 daripadanya memegang lesen takaful.

Sehingga akhir 2018, AIA di Malaysia melindungi 3.9 juta rakyat Malaysia dan 1.2 juta adalah majikan. Kami juga membayar sebanyak RM2.4 bilion tuntutan perubatan/kesihatan individu serta merekrut lebih 4,700 ejen dan perunding kewangan yang baru.

Ini bagi menyokong janji jenama kami untuk sentiasa bersama pelanggan sepanjang kehidupan mereka dan menawarkan penyelesaian serta produk yang menggalakkan mereka untuk hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

Terangkan dengan lebih lanjut mengenai janji jenama AIA dan apa yang ingin dicapai syarikat melalui janji jenama berkenaan?

Hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna adalah sebuah janji jenama yang sangat kuat dan cerminan yang terbaik terhadap apa yang AIA usahakan sebagai syarikat.

Ia bermaksud AIA bukan saja syarikat yang hanya bersama pelanggan ketika diperlukan, tetapi pada setiap hari dan apa jua yang dilaksanakan AIA adalah berlandaskan janji ini.

AIA kini bukan hanya memberi tumpuan kepada penyakit, kami kini menitikberatkan aspek kesihatan. Kami tidak lagi fokus terhadap hayat, tetapi bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan baik dan bermakna dan cara terbaik adalah untuk hidup dengan lebih sihat.

Kami percaya bahawa apabila anda sihat, anda akan mendapat lebih banyak daripada kehidupan. Anda mungkin akan mendapat lebih banyak masa untuk menikmati kehidupan yang aktif memberikan hidup anda lebih bermakna.

Melalui program kesihatan unik seperti AIA Vitality, kami berperanan proaktif dan positif dalam kehidupan pelanggan dengan menggalakkan dan menyokong mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Apakah inisiatif atau kempen yang dijalankan oleh AIA Public Takaful yang dapat menyumbang kembali kepada janji jenama syarikat?

Kami amat komited untuk menyampaikan mesej kesihatan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia dan kami akan terus melakukannya melalui cara yang kreatif dan menarik.

Apa yang penting adalah untuk kami tampil berbeza.

Salah satu kempen unik AIA Public Takaful pada tahun ini adalah kempen Data Mak Aku yang dilancarkan sekitar Mei lalu. Tujuan kami melancarkan kempen Data Mak Aku ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mendapatkan perlindungan takaful yang secukupnya.

Ini kerana kadar penembusan takaful di negara ini hanya 15 peratus.

Masih ramai rakyat Malaysia tidak memiliki sebarang perlindungan yang mungkin disebabkan oleh faktor kemampuan, kurang kesedaran mahupun tiada saluran yang sesuai untuk mendapatkan takaful.

Dengan kempen Data Mak Aku ini, kami juga ingin meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat merangkumi aspek fizikal, mental dan kesejahteraan diri.

Tetapi, apa yang berbezanya adalah konsep dan cara kami menyampaikan mesej ini.

Ceritakan mengenai konsep kempen Data Mak Aku?

Kempen ini terhasil berdasarkan konsep usaha dan tawakal itu sendiri.

Dari sudut agama, umat Islam diseru untuk berusaha terlebih dahulu sebelum berserah sepenuhnya kepada Allah SWT bagi menentukan hasilnya.

Contohnya, berusaha mendapatkan rawatan atau mengubati penyakit yang ditanggung. Sama seperti usaha untuk mendapatkan perlindungan takaful sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Perancangan, doa dan tawakal perlu sentiasa seiring. Kami fikirkan ini adalah konsep yang baik untuk AIA Public Takaful jadi tercetusnya Usaha Dengan Takaful Pelengkap Tawakal Anda.

Tetapi bagaimana untuk mesej ini? Secara tradisionalnya, masyarakat kita dibesarkan dengan nasihat daripada ibu bapa. Lebih-lebih lagi sesuatu yang dikatakan oleh ibu kita selalunya benar dan tidak boleh dipersoalkan.

Dengan fikiran ini, terciptalah kempen Data Mak Aku.

‘Data-data’ ini direka untuk mendorong orang ramai bersenam, untuk berehat dan tidur secukupnya, mendapatkan perlindungan takaful, mengamalkan pemakanan sihat serta lain-lain.

Sebagai contoh bagi kempen ini, ‘81 peratus bakal pengantin yang kurang minum manis akan jadi lagi cun melecun bila naik pelamin.’

Platform apakah yang digunakan untuk melancarkan kempen ini dan apa yang boleh dinantikan oleh pembaca/penonton Harian Metro?

Kempen ini dilancarkan di pelbagai platform media seperti akhbar, radio dan papan iklan di lokasi terpilih.

Kami juga mendapat sokongan daripada beberapa ikon media sosial untuk membantu menyebarkan mesej ini.

Pada November nanti, kami akan mengadakan peraduan mencipta Data Mak Aku di laman Facebook AIA Malaysia.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua kerana hadiah menarik bakal disediakan.

Jadi, nantikan pengumuman peraduan berkenaan dan serlahkan bakat serta kreativiti anda.

Boleh berikan satu Data Mak Aku khas buat pembaca/penonton Harian Metro dan Metro TV?

Sebanyak 97 peratus penonton Metro TV yang mendapatkan perlindungan AIA Public Takaful pasti tidur lebih nyenyak dan mimpi indah di malam hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 7:01 AM