TENGKU Puan Zanariah Tengku Ahmad. FOTO Johor Royal Press Office
TENGKU Puan Zanariah Tengku Ahmad. FOTO Johor Royal Press Office
Ibrahim Isa


BONDA Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad, mangkat malam tadi.

Berita sedih itu dimuat naik dalam status Facebook The Royal Johor pagi tadi.

Almarhum Tengku Puan Zanariah adalah Raja Permaisuri Agong kelapan ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail dilantik sebagai Yang Di-pertuan Agong dari 1984 hingga 1989.

Almarhum Tengku Puan Zanariah mendapat didikan di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada 1946 dan melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur, dari 1950 hingga 1952.

Selain itu, Almarhum pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Almarhum dilahirkan pada 5 Julai 1940 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.

Almarhum disemadikan di Malam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru selepas solat zuhur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 8:48 AM