PENDUDUK membersihkan kediaman yang musnah dalam taufan itu di Mexico Beach. - Reuters
PENDUDUK membersihkan kediaman yang musnah dalam taufan itu di Mexico Beach. - Reuters
ANGGOTA mencari dan menyelamat tidak berputus asa mencari mangsa yang terperangkap. - AFP
ANGGOTA mencari dan menyelamat tidak berputus asa mencari mangsa yang terperangkap. - AFP
AFP

WASHINGTON: Taufan Michael meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di empat negeri, ketika ribut itu bergerak ke seluruh tenggara Amerika Syarikat minggu lalu, menurut anggaran baru semalam.

Dua belas mayat ditemui di daerah Bay, Florida, kata Sherif Tommy Ford, kepada media tempatan, menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 20 di negeri itu. Lebih 1,000 dilaporkan masih hilang, semalam, seminggu selepas ribut itu membadai.

Ribut Kategori 4 itu, yang pada asalnya tiba di sepanjang pantai Teluk Mexico di Florida dengan angin selaju 250 kilometer sejam, turut menyebabkan satu kematian di Georgia, tiga di Carolina Utara dan enam di Virginia.

Taufan Michael memusnahkan sebahagian Florida, dan pihak berkuasa bimbang angka kematian akan meningkat ketika operasi mencari berterusan di kawasan paling teruk terjejas.

Hampir 137,000 rumah dan premis perniagaan di negeri itu masih mengalami gangguan bekalan elektrik semalam serta beberapa pusat pengedaran air dan makanan masih ada untuk penduduk terjejas di seluruh Florida.

Beberapa kawasan melaksanakan perintah berkurung dan kebanyakan sekolah di kawasan terjejas masih ditutup sehingga notis baru.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Oktober 2018 @ 6:29 AM