KEADAAN seorang lelaki yang ditemui sudah meninggal dunia di dalam kereta miliknya di tempat letak kereta sebuah restoran minuman segera di PD Waterfront, Port Dickson. Gambar kecil,  Tembikar yang masih panas berisi arang yang berada di sebelah tempat duduk mangsa. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Mohd Khidir Zakaria

LELAKI ditemui mati di dalam keretanya di tempat letak kenderaan restoran makanan segera di PD Waterfront, Port Dickson, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9.30 malam itu, seorang lelaki menyedari Lee Soon Lai, 43, terbaring dalam keretanya terlalu lama sebelum dia menghubungi talian kecemasan.

"Pasukan bomba terpaksa memecahkan cermin kereta lelaki itu sebelum pemeriksaan mendapati dia sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau pergelutan ditemui pada tubuhnya.

"Polis turut menemui sebuah tembikar tanah berisi arang yang masih panas di bahagian bawah kerusi penumpang hadapan kereta itu. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali berkata, dia meletakkan kereta bersebelahan kereta Soon Lai, 6.30 petang dan melihat lelaki itu seolah-olah sedang tidur di tempat duduk pemandu.

"Saya terkejut apabila melihat dia masih lagi tidur apabila kembali ke kereta tiga jam kemudian. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu menghubungi polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 1:54 PM