GAMBAR anak Siti Nurhaliza yang tular di media sosial.
GAMBAR anak Siti Nurhaliza yang tular di media sosial.
RAP

SUAMI Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan wajah bayi yang tular di media sosial adalah anak mereka namun terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang tadi.

“Ya, itu gambar anak kami,” katanya ringkas.

Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik di laman Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi pasangan terbabit.

Rata-rata netizen meminta pemilik akaun itu membuang status dimuat naik.

Terdahulu, Khalid, 59, memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai.

Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut meluahkan rasa terkilan dengan penyebaran gambar itu.

“Sebagai menghormati Siti dan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan.

“Akan tiba hari dan masanya. Maaf kepada yang bertanya, kerana saya memilih untuk menghormati Siti dan suami,” katanya.

Berita berkaitan:

‘Itu bukan bayi Siti’

Puteri sulung dah menyusu...

Fatimah Az-Zahra gelaran diberi

Siti Nurhaliza timang anak perempuan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Mac 2018 @ 11:44 PM