MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
Fuad Hadinata Yaacob dan Siraj Zaini


LELAKI maut dibelit ular sawa di Jenjarom, Banting, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, kejadian berlaku di Jalan Haji Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.08 pagi dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang bergegas ke lokasi.

"Jentera tiba di lokasi pada 4.12 pagi.

"Ular sawa hampir dua meter panjang ditemui mati di lokasi selepas membelit lelaki berusia 35 tahun hingga maut," katanya.

Kejadian itu turut menjadi tular di media sosial sejurus selepas kejadian.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 1:00 PM