KEADAAN sekitar Bandaraya Georgetown yang ditenggelami air selepas hujan lebat. FOTO Ramdzan Masiam
KEADAAN sekitar Bandaraya Georgetown yang ditenggelami air selepas hujan lebat. FOTO Ramdzan Masiam
Shamran Sarahan


MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) akan menyelaras operasi menyelamat bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah MKN, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengetuai operasi itu.

Menurutnya, MKN juga sudah mengerahkan anggota polis dan tentera untuk membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu, sejak 8.30 pagi.

“€œSaya menerima panggilan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) berhubung keadaan banjir di Pulau Pinang pada 3.34 pagi tadi.

“Saya segera mengarahkan MKN untuk melaksanakan operasi menyelamat dan menggunakan polis serta tentera untuk membantu operasi berkenaan di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Ekspresi Negaraku Peringkat Sarawak di Dataran Perayaan di Petra Jaya, hari ini.

Beliau diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar .

Bagaimanapun, ketika sidang media itu, Ahmad Zahid tidak memberi butiran lanjut mengenai bilangan anggota keselamatan yang terbabit dalam operasi menyelamat berkenaan.

Berita berkaitan

Banjir tak jejas SPM

Banjir di Penang kian buruk

Warga emas lemas dalam banjir

Tragedi rumah dihempap pokok tumbang

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2017 @ 1:24 PM