MAYAT Siti Aishah ditemui orang awam di tepi tebing sungai berhampiran kawasan perangkap sampah dekat surau. FOTO ihsan Bomba
MAYAT Siti Aishah ditemui orang awam di tepi tebing sungai berhampiran kawasan perangkap sampah dekat surau. FOTO ihsan Bomba
Hamzah Osman


MAYAT terakhir mangsa tragedi 'kepala air' di air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, ditemui di tebing sungai berhampiran surau di Kampung Bukit Kemboja, Langkawi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Syukri Ahmad Husaini berkata, mayat Siti Aishah Kassim, 5, dari Kampung Bukit Malut di Langkawi ditemui 4.26 petang, hari ini.

Katanya, mangsa ditemui orang awam di tepi tebing sungai berhampiran kawasan perangkap sampah dekat surau itu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Terdahulu mayat Qistina Puteri Wira, 11, ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian, 5.30 petang semalam, manakala mayat Nor Aiman Wahidah Mohd Rosli, 11, ditemui 12.40 tengah malam tadi dan Anis Shahtirah Saad, 12, ditemui 11.46 pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang semalam, dua kanak-kanak terselamat manakala empat lagi kanak-kanak lemas akibat dihanyut arus deras yang membadai secara tiba-tiba.

Berita berkaitan

"Aisyah... Aisyah... Aisyah..."

Mayat Anis dijumpai lima kilometer [UPDATE]

Jumpa di perangkap sampah

Semoga Anis ditemui segera

Sempat paut pada batu

1 lemas, 3 masih hilang

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 6:04 PM