Sudirman Mohd Tahir


TEKA teki mengenai pernikahan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, terjawab apabila pasangan ini selamat dinikahkan jam 6.57 petang tadi, hari ini.

Dengan sekali lafaz, Bella sah menjadi isteri Emran dalam majlis tertutup yang dihadiri saudara mara dan rakan terdekat kedua pasangan di sebuah lokasi di rahsiakan di Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu, Emran menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.

Emran berkata, dia meminta maaf kepada rakan media kerana merahsiakan perancangan pernikahan dan persandingan mereka.

€œKami berdua amat menghargai kerjasama rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.

"Kami mengharapkan pernikahan yang berlangsung tadi akan meredakan segala spekulasi yang dilaporkan di media sebelum ini," katanya.

Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam di lokasi sama.

Turut menjadi saksi majlis pernikahan Emran dan Bella adalah anak hasil perkahwinan dengan Erra, Engku Aleesya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan pasangan ini bakal bernikah pada hari ini. Bagaimanapun Emran enggan memberikan sebarang kenyataan.

Berita berkaitan:

Saya 'doakan' Engku Emran bahagia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 8:51 PM
Bella bersama Engku Aleesya selepas pernikahan dengan Engku Emran. Engku Emran dan Bella pada majlis bersanding budaya Sunda. FOTO EA
Bella bersama Engku Aleesya selepas pernikahan dengan Engku Emran. Engku Emran dan Bella pada majlis bersanding budaya Sunda. FOTO EA