LEBIH dua juta umat Islam dari seluruh dunia akan berkumpul di Arafah, hari ini untuk menjalani ibadah wukuf.
Arafah terletak kira-kira 25 kilometer dari Masjidil Haram, Makkah.
Jemaah akan berada di padang Arafah mulai tergelincirnya matahari (waktu Zohor) pada 9 Zulhijjah (hari ini) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah (esok).